• Jika kamu bermata sepet, usah bimbang. Ada teknik yang sesuai bagi mendapatkan ilusi bentuk mata yang galak. Ayuh baca tip yang Dara.com kongsikan!
  • Setiap kejadian dan kewujudan yang Allah cipta pasti ada fungsi dan kebaikannya yang tersendiri.Manusia dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan tidak kurang juga dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta alam semulajadi.Semuanya mempunyai fungsi yang tidak dapat disangkal lagi.Kewujudan pelbagai jenis tumbuhan hutan yang melata sememangnya mempunyai beribu-ribu kelebihannya kepada manusia terutamanya dalam sektor perubatan.
  • Anda pernah tonton drama Halimah Jongang? Keadaan di mana seorang perempuan mempunyai barisan gigi yang ke hadapan. Walaupun tidak sesempurna dan secantik insan lain, usah anda mengutuk ciptaan Allah kepada orang seperti itu. Keadaan gigi yang ke hadapan seperti itu boleh diatasi dengan pemakaian pendakap gigi.
  • Anda sedang berdiet? Apabila mendengar perkataan nasi, mesti timbul perasaan takut. Terngiang-ngiang di fikiran anda gambaran bentuk badan yang gemuk. Jangan sesekali tanam di akal dan minda anda bahawa makan nasi boleh menyebabkan gemuk.
  • Setiap orang ingin kelihatan cantik dan sempurna. Oleh sebab asakan daripada keinginan tersebut, sesetengah mereka sanggup mengambil risiko dengan menggunakan produk-produk yang menjanjikan kesan dalam jangka masa yang singkat, tetapi tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan. Ayuh kita ambil perhatian tentang bahan-bahan kimia yang berbahaya.
  • Apabila terserempak dengan gadis lain yang lagi menawan daripada anda pasti akan terdetik di hati, “Ayunya wajah gadis itu. Bagaimana ingin dapatkan wajah cantik sepertinya”. Jika mahukan kulit cerah anda perlu tahu cara yang betul supaya wajah kekal sihat setiap masa. Sebenarnya ada beberapa teknik untuk mencerahkan kulit tanpa mengambil produk di pasaran. Gunakan sahaja bahan semulajadi ini.
  • Kecantikan dan kesihatan kulit merupakan faktor yang sangat penting bagi penampilan seseorang. Terdapat beberapa faktor untuk mendapatkan kulit yang sihat antaranya faktor makanan dan faktor luaran, iaitu proses perawatan yang dilakukan pada kulit, misalnya skrub dan masker.
  • Setiap orang mempunyai identiti yang mahu ditonjolkan. Pilihan tudung dan selendang juga merupakan salah satu ekspresi diri buat si pemakai. Ada yang memilih dari sudut keselesaan malah ada juga yang mementingkan penggayaan. Dara.com menyediakan fakta menarik buat sekalian pembaca. Jom amati!
  • Cantik seseorang wanita itu datangnya dari hati dan karakternya, bukan hanya pada rupa paras dan fizikal semata-mata. Pelbagai petua yang mudah dan boleh diamalkan untuk seseorang wanita mendapatkan kecantikan rupa paras dan tubuh yang asli dan berpanjangan.
  • Gaya dan stail ringkas, namun masih menampakkan keanggunan dan keayuan diri kamu, si gadis manis!
  • Siapa kata gadis berhijab tidak boleh bergaya dan tidak 'up-to-date'? Buktinya, hari ini ramai gadis dan selebriti sudah mula mengenakan tudung malah kelihatan lebih cantik dari sebelumnya. Menerusi entri kali ini, kami senaraikan jenis tudung yang sentiasa mendapat tempat di hati pemakai.
  • Cuaca panas yang berlaku di negara kita akhir-akhir ini boleh menjadi salah satu punca rambut gadis bertudung mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Mana tidaknya, peluh dan bau yang terperangkap di dalam tudung boleh membuatkan anda tidak senang duduk!
  • Gadis yang bertudung juga bebas untuk berfesyen asalkan tidak keterlaluan dan tidak menampakkan aurat. Namun, jika anda mahu tampil comel sentiasa, kami beri inspirasi 'Hello Kitty' dalam gaya anda bulan ini.
  • Sebut saja berapa banyak jenis tudung di pasaran, rata-rata gadis hari ini lebih arif tentang gaya yang sesuai dan nama jenis tudung termasuk shawl yang berkedut ini. Bagi yang baru mengenali 'crumple shawl' ini, pasti tertanya-tanya bagaimana mahu bergaya dan menjaga shawl ini.
  • Fesyen berkardigan bukanlah satu fesyen yang asing buat penggemar fesyen masa kini. Penggunaan kardigan dalam kalangan remaja muslimah juga dilihat sangat praktikal kerana ia sesuai digunakan oleh semua golongan tidak kira sama ada anda berhijab atau tidak. Perkembangan fesyen dari masa ke masa juga telah menyaksikan rekaan kardigan hari ini menjadi semakin menarik dan unik.
  • Menutup aurat dan menggunakan hijab merupakan perintah wajib dilaksanakan oleh setiap muslimah di muka bumi ini. Meskipun begitu, masih ramai lagi yang belum mengenakan hijab dengan pelbagai alasan diberikan. Apa pun, syabas diucapkan kepada mereka yang berani mengambil langkah untuk mula berhijab. Kami percaya, tiada istilah ‘sudah terlambat’ untuk kita berubah menjadi yang lebih baik.
  • Tidak perlu berlebih-lebih untuk cantik. Kadang-kala gaya yang ‘simple’ itu sudah cukup menyerlahkan keanggunan buat si dara. Kini rangkaian butik menjual tudung ibarat ‘cendawan tumbuh’ menjual pelbagai jenis koleksi tudung berlainan material, warna dan corak. Ramai memilih tudung dengan corak yang pelbagai seperti polka dot, tribal, abstrak mahupun corak bermotif flora. Tapi, tahukah anda dengan hanya mengenakan tudung polos sahaja sudah mampu membuat anda tampil lebih elegan.
  • Jika sebelum ini, pilihan-pilihan tudung seperti Syria, pashmina, bawal yang menjadi ikutan, tiba masa untuk ‘glitter shawl’ pula menjadi trend terkini untuk dunia fesyen wanita muslimah.Bagi anda yang sudah memiliki koleksi selendang ini, mari baca untuk tahu cara sesuai mengayakan selendang berkilau ini.
  • Korea Selatan adalah antara Negara yang mempunyai kadar tertinggi melakukan pembedahan plastik di Asia dengan teknologi dan pakar kecantikkan hebat mereka. Memiliki wajah ‘ulzzang’ atau bentuk wajah terbaik adalah pendorong untuk mereka melakukan pembedahan plastik. Sehinggakan ada terdapat rancangan realiti tv yang membuat transformasi wajah seorang gadis yang mempunyai wajah hodoh bertukar kepada jelitawan selepas membuat pembedahan plastik ini.
  • Sesuai buat si dara yang gemar bermain dengan warna, koleksi kali ini pastinya sesuai untuk digayakan ketika keluar bersama rakan mahupun majlis tidak formal. Penggunaan warna utama seperti merah dan biru sebenarnya adalah biasa digunakan, namun cara anda menata rias penampilan menggunakan dua warna ini mampu menjadikan hari anda lain dari kebiasaan.
  • Siapa penggemar artis Korea di sini? Jika sebelum ini anda melihat wajah-wajah cantik artis korea seperti Song Ji Hyo, Boa, Park Bom (2ne1), Lee Hyori dan ramai lagi di kaca televisyen, jangan terkejut kali ini kerana anda juga boleh menjadi seperti mereka! Bagaimana? Mudah, hanya ikut beberapa step mudah solekkan ini.
  • Pernahkah anda tefikir tentang fabrik tudung setiap kali membelinya? Fabrik ternyata memberikan kesan kepada pemakaian anda. Terutama sekali untuk fabrik hijab anda. Ia merupakan tarikkan atau tumpuan utama dalam penampilan. Anda juga pasti tidak mahu penampilan kelihatan tidak menarik dan tidak selesa hanya kerana salah memilih fabrik tudung. Jadi, mari kenali jenis-jenis fabrik tudung agar anda tahu tudung manakah yang sesuai untuk anda gayakan ke acara yang betul!
  • Naik sahaja semester baru pasti ramai yang tidak sabar untuk ke kelas berjumpa rakan-rakan juga pensyarah setelah bercuti panjang. Penampilan pada hari pertama ke bilik kuliah juga perlu diambil kira agar anda berasa lebih yakin dan fresh. Di sini kami kongsikan sedikit tip berguna buat si dara semua.
  • Sebut sahaja mengenai fesyen hijab berturban, pasti ramai yang membayangkan wajah penyanyi berbakat besar Yunalis atau lebih dikenali sebagai Yuna. Walau terdapat banyak kontroversi mengenai fesyen ini pada awalnya, namun dengan penataan yang betul dan mengikut syariat, turban juga boleh digayakan.
  • Baju Peplum Saloma yang diberi nafas baru semakin mendapat tempat di kalangan kita semua. Ditambah pula elemen baru dengan gabungan warna-warna terang atau ‘colour block’ menjadikan ia trend fesyen penuh ceria sesuai dengan imej remaja si dara.
  • Baiklah, tinggal beberapa hari lagi kita bakal menyambut Syawal. Baju sudah tersedia, tudung pun sama, amal ibadat jangan di lupa dan ada satu lagi juga 'area' yang kadangkala si dara ini lupa, tangan! Kenapa tangan?
  • Sudah hampir dua minggu kita berpuasa dan sebenarnya banyak nikmat yang kita perolehi bukan sahaja nikmat makanan dan pahala, tetapi juga dari sudut kesihatan. Rasanya kelebihan berpuasa ni sudah diketahui umum. Tetapi saja kami ingin kongsikan buat pembaca yang masih belum tahu.
  • Terasa ingin memanjakan diri di spa tetapi tidak cukup bajet untuk itu? Tidak mengapa, anda masih boleh lakukannya di rumah. Lebih selesa malah caranya juga mudah dan tidak melecehkan.
  • Warna pink atau warna merah jambu ini sememangnya sudah sinonim dengan wanita. Sesiapa yang mengayakan warna ini pasti akan kelihatan cute dan akan menampakkan perwatakan yang lembut. Akan tetapi sekarang, warna ini bukan sahaja popular di kalangan kaum hawa, malah ramai lelaki di luar sana berani tampil dengan pakaian berwarna pink ini. Ia menjadi trend terkini yang semakin hot.
  • Umumnya kita sudah tahu mengenai khasiat pemakanan oatmeal sejak berkurun lamanya. Ia merupakan diet sarapan pagi yang terbaik. Namun tahukah anda oatmeal juga boleh dijadikan sebagai pencuci muka? Ia bukan sahaja bagus untuk jantung tetapi juga berkesan merawat kulit yang sensitif. Kalau anda terfikir ‘biar betul?’, haa ni team Dara nak bagi tau, betul lah ni...
  • Masih terasa keenakan donut pada setiap gigitan di dalam mulut. Sungguh lembut, manis dan menyelerakan. Dibalut pula dengan chocolate rice, keju, krim dan pelbagai perisa tambahan membuatkan kunyahan terasa lebih nikmat. Sedapnya jika dapat makan makanan dengan rasa manis tanpa ada risiko kesihatan, bukan! Tetapi, adakah makanan manis yang sihat untuk tubuh?
  • Setiap orang ingin kelihatan cantik dan sempurna. Oleh sebab asakan daripada keinginan tersebut, sesetengah mereka sanggup mengambil risiko dengan menggunakan produk-produk yang menjanjikan kesan dalam jangka masa yang singkat, tetapi tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan.
  • Setiap kali bangun pagi, tuala mandi dicapai. Langkah kaki laju menuju ke bilik air, tangan mula mencari ubat gigi dan berusnya. Betulkah begini rutin anda setiap pagi? Tepuk dada tanyalah hati!
  • Hakikatnya kebersihan amat dituntut dalam Islam apatah lagi dalam beribadah. Untuk mengupas isu kewanitaan ini, Dara.com berkesempatan menemubual Ustazah Nurul Aisyah bt Amir Ramli, Pegawai Hal Ehwal Agama di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru.
Dara.com Februari 2016