Sebut sahaja mengenai fesyen hijab berturban, pasti ramai yang membayangkan wajah penyanyi berbakat besar Yunalis atau lebih dikenali sebagai Yuna. Walau terdapat banyak kontroversi mengenai fesyen ini pada awalnya, namun dengan penataan yang betul dan mengikut syariat, turban juga boleh digayakan.

 

Pelbagai rupa bentuk, rekaan dan hiasan boleh dilakukan pada fesyen hijab turban. Lilitan tudung di atas kepala kemudian sentuahan selendang ringkas menutup dada, mampu memberikan gaya trendy kepada si pemakai.

 

Anda boleh gayakan fesyen berturban ini ke majlis rasmi mahupun kasual. Jom lihat gaya-gaya berhijab dari Yuna!  Mana tahu ada idea menarik yang boleh digunakan anda untuk tampil lebih bergaya dalam berhijab. Anda juga perlu pandai untuk mempelbagaikan gaya ini. Si dara semua pasti boleh lakukan!

 

Sumber gambar: Instagram throughjuleslense

Sumber video : Youtube TheYunaZarai