Umumnya kita sudah tahu mengenai khasiat pemakanan oatmeal sejak berkurun lamanya. Ia merupakan diet sarapan pagi yang terbaik.  Namun tahukah anda oatmeal juga boleh dijadikan sebagai pencuci muka? Ia bukan sahaja bagus untuk jantung tetapi berkesan merawat kulit yang sensitif. Kalau anda terfikir ‘biar betul?’, haa ni team Dara nak bagi tau, betul lah ni...

Khasiat oatmeal antara lain, jika diamalkan selalu dikatakan boleh membuka pori-pori kulit dan menghapuskan sel kulit mati. Bagi sesiapa yang menderita akibat kulit sunburn atau kemerah-merahan, bolehlah cuci muka dan masukkan oatmeal ke dalam tab mandi. Mandi dengan air oatmeal dan jadikan ia sebagai scrub pada badan anda. Sunburn dan kemerahan akan dapat dikurangkan!

 Untuk mencuci muka pula, ambil segenggam oatmeal dan alirkan air suam pada oatmeal tersebut. Ulangi langkah ini sehingga oatmeal seperti berkanji dan usapkan pada seluruh wajah anda. Jika ingin menjadikan oatmeal sebagai masker, biarkan ia selama beberapa minit di muka sehingga kering dan bilas sehingga bersih.

Bijirin ini terbukti sangat menyerap dan mampu menghilangkan kotoran, juga mencerahkan kulit serta membuatkan kulit anda kelihatan lembut. Ramai telah mencubanya dan admin pun terasa nak mencuba balik nanti. Harap-harap okay dan moga kulit ini jadi lebih sihat, fuhh!