Setiap kejadian dan kewujudan yang Allah cipta pasti ada fungsi dan kebaikannya yang tersendiri.Manusia dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan tidak kurang juga dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta alam semulajadi.Semuanya mempunyai fungsi yang tidak dapat disangkal lagi.Kewujudan pelbagai jenis tumbuhan hutan yang melata sememangnya mempunyai beribu-ribu kelebihannya kepada manusia terutamanya dalam sektor perubatan.

Pernah bukan kita melihat ubatan tradisional yang kandungannya daripada pokok-pokok tumbuhan hutan yang kita sendiri tidak mengetahuinya.Biasanya, ubat-ubatan daripada tumbuh-tumbuhan diamalkan oleh masyarakat tradisional dahulu kala kerana tiada teknologi canggih dalam penciptaannya.Namun ianya sangat mujarab dan berkesan dalam mengubati sebarang penyakit dan kini dikomersialkan secara meluas dengan penggunaan teknologi hebat dan terkini.

Bukan di Malaysia atau Negara Asia sahaja yang mengamalkan perubatan daripada tumbuh-tumbuhan ini, malah di luar Negara juga lebih ‘laju’ dalam menghasilkan perbagai jenis ubatan daripada tumbuh-tumbuhan. Ianya semua bukan sahaja terhad sebagai ubatan malah dijadikan makanan tambahan untuk kesihatan.

 

Jenis-jenis Tumbuhan dan Kegunaannya

 

Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubatan, tetapi terdapat juga daripada kebanyakan tumbuhan hutan yang tidak boleh dimakan mahupun ubatan kerana ianya mengandungi racun. Jadi, antara tumbuhan yang boleh diguna pakai menjadi ubatan seperti;

 

1.      Akar saga - Abrus precatorius L. (Lenguminosae)

 

Akar saga ini boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan sakit kepala.Iaitu akar saga dicampurkan dengan daun-daun labu merah, daun kaki kuda dan merombong bukit untuk dibuatkan ubat tersebut.Ia juga boleh merawat batuk, bronkitis dan sakit kerongkong Air daripada akar yang telah dididih boleh disapu untuk penyakit perut, penyakit konjunkitivitis iaitu radang membran pada mata dan traukoma. Bijinya yang telah direbus boleh merawat penyakit malaria.Walaubagaimanapun, bijinya mengandungi glikoprotein yang sangat beracun.Akar saga juga diguna sebagai ubat pemuntah, untuk mengeluarkan kahak dan juga sebagai ubat pencuci perut.

 

2.      Bawang putih - Allium sativum L. (Amaryllidaceae)       

Bawang putih merupakan antiseptik, antibakteria dan antioksida. Ia boleh digunakan untuk melegakan sakit seperti sakit gigi, sakit kepala, gigitan serangga dan sebagainya. Bawang putih turut digunakan untuk merawat luka dan ulser. Untuk mengelakkan daripada penyakit strok dan trombosis iaitu pembekuan darah dalam jantung, bawang putih digunakan.

 

3.      Lidah Buaya – Aloe Vera (L.) Burm.f.(Liliaceae)
 

Lidah buaya ini tumbuh di seluruh dunia untuk pelbagai kegunaan. Kebanyakannya diguna untuk kegunaan farmasi dan perubatan bahan kosmetik dan juga untuk kegunaan luaran lain. Ia adalah anti biotik, anti peptik, anti kulat, dan dapat mengeluarkan cacing dalam perut. Selain itu, lidah buaya juga boleh merawat luka-luka api, bengkak dan luka.
Lidah buaya juga digunakan untuk rawatan penyakit leukemia dan kanser paru-paru, penyakit ekzema iaitu sejenis penyakit kulit dan penyakit buasir.Ia juga digunakan sebagai kosmetik untuk mengurangkan kedutan dan juga masalah-masalah kulit yang lain.

 

4.      Saladri - Apium graveolens L. (Umbelliferae)
 

Saladri boleh mengakibatkan keguguran anak.Akarnya boleh digunakan untuk melebihkan pengeluaran air kencing, dopsi iaitu penyakit yang disebabkan oleh pengumpulan air dalam badan dan penyakit perut.Selain itu, Saladri juga diguna untuk merawat penyakit asma, bronkitis, sakit dada, penyakit hati dan limpa.Buah saladri pula boleh digunakan untuk merawat masalah reumatik.Manakala air rebusan daripada pokok saladri ini pula dapat merawat penyakit tekanan darah rendah.

 

5.      Belimbing buluh - Averrhoa Belimbi. L. (Oxalidaceae)


Belimbing buluh mengandungi asid amino, asid sitrik, ion potasium, gula dan vitamin C. Ia boleh merawat demam dan diguna sebagai ubat pelindung selepas bersalin. Daunnya yang telah direbus boleh merawat penyakit kencing manis, bengkak di leher dan jerawat. Bagi penyakit reumatik dan batuk, boleh meletakkan daun belimbing buluh di atas badan.Jus buahnya pula boleh merawat batuk kering, skurvi dan tekanan darah rendah.Manakala, sirap daripada bunga belimbing buluh boleh merawat batuk kanak-kanak.

 

6.      Kayu raja - Cassia fistula L. (Leguminosae)

 

Kayu raja mengandungi asid amino, asid lemak dan asid chrysophanik.Ia merupakan anti bakteria, anti kanser dan anti virus.Kayu raja dapat merawat penyakit kencing manis dan juga dapat mengurangkan demam. Buahnya pula dapat merawat penyakit tekanan darah rendah. Selain itu, kayu raja merupakan rawatan yang baik untuk penyakit gastrik, penyakit kusta dan penyakit kulat yang lain.

 

7.      Kekwa - Chrysanthemum indicum L. (Compositae)

 

Kekwa boleh merawat tekanan darah rendah, penyakit histria, bronkitis, batuk kokol, demam dan bengkak.Selain itu, rebusan daun kekwa boleh merawat selsema dan sakit kepala.Air rebusan bunga dan seluruh pokoknya boleh merawat jangkitan kulat.Bunga kekwa juga boleh diguna sebagai ubat pelali dan juga sebagai tonik.

 

8.      Tongkat Ali - Eurycoma longifolia Jack.(Simaroubaceae)

 

Tongkat Ali merupakan anti malaria, anti tumor, anti ulser dan anti piratik.Ia boleh merawat masalah penghadaman untuk mengeluarkan cacing dalam perut dan juga sebagai tonik selepas bersalin. Tongkat Ali dapat mengurangkan kesakitan dalam tulang dan juga untuk merawat penyakit kuning.Selain itu, akar Tongkat Ali dapat merawat demam dan cirit-birit. Air rebusan daun Tongkat ali diguna untuk menccuci luka dan gatal. Buahnya pula dapat mengubati cirit-birit.

 

9.      Peria

Peria merupakan anti mikrob, anti tumor dan anti virus. Ia dapat merawat penyakit kulit dan ubat pencuci perut yang kuat. Jus daunnya pula dapat mengeluarkan cacing dalam perut. Peria diguna untuk mengubati penyakit kencingmanis dan untuk sakit perut serta cirit-birit. Daun peria pula dapat merawat penyakit kulit dan luka api. Buah peria dapat merawat luka.

 

10.  Hempedu bumi - Andrographis paniculata (Burm. F.) Nees (Acanthaceae)

 

Hempedu bumi merupakan anti bakteria, anti mikrob dan hipotensif.Ia dapat merawat penyakit kencing manis, disentri dan cirit-birit. Selain itu, ia juga diguna untuk merawat penyakit kulit. Hempedu bumi boleh mengubati luka patukan ular.Ia merupakan sejenis herba cina yang sangat terkenal.Ia dapat diguna untuk hypertension dandapat merawat tekanan darah tinggi. dara