Baju Peplum Saloma yang diberi nafas baru semakin mendapat tempat di kalangan kita semua. Ditambah pula elemen baru dengan gabungan warna-warna terang atau ‘colour block’ menjadikan ia trend fesyen penuh ceria sesuai dengan imej remaja si dara.

 

Apa yang menariknya fesyen baju kurung peplum ini juga direka berasingan antara baju juga skirt-nya. Ini bermakna anda boleh mix and match dengan baju atau juga blouse yang lain. Wah, dalam bergaya dapat juga anda berjimat kan?

 

Untuk tampil dengan gaya ceria dan klasik, anda boleh menggunakan aksesori tambahan berwarna krim dan sedikit keemasan. Seeloknya elak dari menggunakan warna yang pelbagai jika warna baju anda sudah ceria.

 

Gabungan gaya klasik dan moden ini pasti akan membuatkan anda tampil lebih istimewa pada raya ini. Jadi si dara semua, ayuh gayakan peplum anda! – Drc.