Warna pink atau warna merah jambu ini sememangnya sudah sinonim dengan wanita. Sesiapa yang mengayakan warna ini pasti akan kelihatan cute dan akan menampakkan perwatakan yang lembut. Akan tetapi sekarang, warna ini bukan sahaja popular di kalangan kaum hawa, malah ramai lelaki di luar sana berani tampil dengan pakaian berwarna pink ini. Ia menjadi trend terkini yang semakin hot.

 

‘Cute’ kah anda jika bergaya dengan warna pink ini? Siapa pula kata tidak. Kalau digayakan dengan cara yang betul, pasti anda akan tampil menarik. Boleh, jika mahu menggayakan warna pink dari atas hingga ke bawah, tetapi awas! Rona pink tersebut haruslah berlainan, agar nampak lebih seimbang. Di sini kami memberikan beberapa contoh baju, seluar,selendang, handbag, dan juga aksesori tambahan bewarna pink yang cute bangat!