Setiap orang mempunyai identiti yang mahu ditonjolkan. Pilihan tudung dan selendang juga merupakan salah satu ekspresi diri buat si pemakai. Ada yang memilih dari sudut keselesaan malah ada juga yang mementingkan penggayaan. Dara.com menyediakan fakta menarik buat sekalian pembaca. Jom amati!

 

Selendang Polos

-Amat sesuai untuk digayakan ke mana-mana sahaja baik ke majlis formal ataupun acara santai.

-Tanpa sebarang cetakan, selendang polos biasanya menjadi pilihan bagi yang gemar tampil ringkas.

-Kini, terdapat pelbagai warna hadir daripada yang terang benderang hingga ke kelam muram untuk digayakan.

-Tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Selendang polos sentiasa kena dengan peredaran zaman.

-Jenis tudung yang sering hadir dengan rekaan polos adalah dari jenis bawal, half moon, satin dan juga pashmina.

 

Selendang Bercetak

-Paling afdal untuk acara santai. Namun, jika kena dengan gaya, selendang ini boleh digayakan ke tempat kerja mahupun majlis formal.

-Kini, terdapat banyak selendang bercetak yang dapat dijadikan pilihan seperti cetakan binatang, bunga, ikat celup, geometri dan banyak lagi.

-Lebih variasi pada masa ini, selendang cetakan hadir dengan cetakan lebih comel seperti gincu, reben, kek cawan dan pelbagai lagi buat mencipta mood funky kala bergaya.

-Selendang bercorak dilihat hit hanya pada masa-masa tertentu dan corak cetakannya sentiasa berubah-ubah.

-Kebanyakan selendang dan tudung jenis awning kerap hadir dengan rekaan cetakan yang meriah dan pelbagai. dara