Fesyen berkardigan bukanlah satu fesyen yang asing buat penggemar fesyen masa kini.  Penggunaan kardigan dalam kalangan remaja muslimah juga dilihat sangat praktikal kerana ia sesuai digunakan oleh semua golongan tidak kira sama ada anda berhijab atau tidak.  Perkembangan fesyen dari masa ke masa juga telah menyaksikan rekaan kardigan hari ini menjadi semakin menarik dan unik.  

 

Perubahan paling ketara adalah daripada segi reka bentuk dan corak kardigan yang dihasilkan. Kini, lebih banyak corak kreatif serta warna-warna terang digunakan pereka-pereka fesyen untuk mempelbagaikan pilihan di pasaran. Kardigan Kimono adalah antara kardigan terbaru yang dihasilkan menggunakan konsep baju tradisional dari negara Jepun. Potongannya yang longgar membuatkan ia lebih bersesuaian digayakan oleh daralista yang pastinya inginkan fesyen muslimah yang menepati syariah Islam.

 

Namun begitu masih ada sesetengah beranggapan memakai t-shirt dan seluar adalah tidak sopan bagi seorang muslimah. Disebabkan itu, ramai yang mengambil langkah selamat dengan hanya mengenakan baju kurung serta jubah dalam pemakaian seharian. Tetapi kini, dengan rekaan kardigan labuh sehingga ada yang labuhnya ke paras lutut secara tidak langsung memberikan peluang buat remaja muslimah untuk lebih bebas untuk mengenakan fesyen terkini dalam pemakaian seharian.

 

Siapa kata remaja berhijab tidak boleh tampil trendy dan berstail? Mari gayakan kardigan anda dan sentiasa tampil cergas, cerdas dan trendy bersama Dara.com.