• Setiap perbicaraan dan tutur kata yang keluar dari mulut seseorang melambangkan sifat keperibadian individu tersebut. Berbicara sesuatu yang perlu adalah lebih baik daripada bercakap banyak tetapi menabung dosa. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi).
  • Beriadah sememangnya aktiviti sihat yang disarankan dalam Islam. Malah, dari segi sains sendiri membuktikan senaman seminggu tiga kali dan 30 minit setiap sesi merupakan langkah terbaik untuk kekalkan kesihatan tubuh badan. Amalan ini memang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian kita tetapi jangan disalahgunakan pula.
  • Tiada contoh yang terbaik buat umat Islam melainkan peribadi Nabi Muhammad SAW. Baginda diutus sebagai utusan Allah yang memiliki beribu kebaikan untuk diikuti. Termasuklah cara baginda meluahkan rasa kasih dan sayang pada umat-umatnya. Kita semua bukan insan sempurna, maka tolak ansur adalah amalan terbaik supaya jalinan kasih sayang yang dibina kekal selamanya.
  • Ramai di antara kita semakin terlupa akan kepentingan mengucapkan salam. Sedangkan sebagai seorang Muslim, memberi salam itu adalah Sunnah Rasulullah SAW. Kita lebih selesa mengucapkan “hai” atau memanggil nama ketika berjumpa dengan saudara seagama. Salam itu menimbulkan kemesraan yang menjadi kasih sayang seterusnya menghadirkan rahmat dan iman di dalam hati.
  • Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, lebih baik jika kita kayakan diri kita dengan ilmu pengetahuan berkaitan agama. Ha, kalau anda nak tahu, 17 Julai ini bertempat di Dewan Sultan Muhammad V, Kumpulan Media Karangkraf akan berlangsungnya ceramah bersama Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim. Siapa yang tidak kenal dengan beliau....
  • Salah satu manfaat puasa adalah untuk membuatkan kita menghargai nikmat makan. Allah S.W.T berfirman, “Maka makanlah dari rezeki yang Allah telah disediakan untuk kamu, yang halal lagi baik dan bersyukur atas nikmat Allah, jika Dia [sesungguhnya] Allah apa yang kamu sembah” (Al-Quran, 16:114).
  • Ramai yang meluahkan rasa teruja untuk menyambut puasa pada Ahad ini. Hanya tinggal tiga hari lagi seluruh umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga. Tetapi, kedengaran juga suara si dara yang tidak sabar untuk berpuasa semata-mata untuk kurus. Biar betul?
  • Sengaja atau tidak, kebanyakan wanita hari ini bergelumang dengan dosa tanpa disedari. Mungkin ramai yang sudah menyedari memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh dan memakai wangian adalah berdosa tetapi memakai aksesori seperti gelang kaki dan tangan berloceng adalah tidak mengapa.
  • Kecoh, kejadian sebuah konsert tertutup yang berlangsung di Bukit Jalil baru-baru ini, apabila ada yang maut akibat ‘overdose’ pengambilan dadah terlarang! Bila difikirkan kembali, bagaimana dadah boleh sewenang-wenangnya diseludup masuk? Menyedihkan lagi, hampir kesemua yang terlibat adalah daripada golongan muda mudi remaja. Berparti, berseronok, serta mabuk tidak tentu arah, adakah ini generasi perintis masa hadapan yang kita harapkan? Hakikatnya, bersuka-suka dan bermewah-mewah secara berlebihan adalah hasil suapan pengaruh kemajuan hari ini dan ia TIDAK diajarkan agama!
  • Agak melucukan! Begitu tanggapan awal saya saat membaca sebuah perumpamaan moden yang memperkatakan tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam menanggapi perhubungan sesama mereka.
  • Tidak surut kebimbangan di jiwa saya sebagai seorang ibu bila melihat perkembangan dunia fesyen hari ini, termasuk pakaian yang berlabelkan busana Muslimah. Aspek pemilihan material dan penentuan reka gaya (design), adalah dua perkara penting yang sangat perlu dititikberatkan.
  • Jika digabungkan pemahaman Al-Quran dengan penerangan hadith Rasulullah s.a.w. tentang wanita terbaik atau khairun nisa`, ternyata wanita solehah menggembirakan suaminya melalui kebaikan dan keluhuran akhlak, kecerdasan dan kematangan yang menjadi perhiasan dan citra aslinya, yang tidak dibuat-buat atau sebagai lakonan semata-mata.
  • Kehidupan dunia teramat memikat bagi kebanyakan insan. Betapa ramai di kalangan mereka yang silau dengan keindahannya sehingga lalai dari mengingati Allah. Justeru, marilah kita hidupkan kembali ketaatan kepada Allah dengan Zikrullah. Hati akan kembali tenang dan damai, dengan mengingati Allah...
  • Mulianya seorang wanita sehingga ‘syurga itu diletakkan di bawah telapak kaki ibu’. Islam telah memberikan wanita satu kedudukan yang paling mulia berbanding mana-mana agama mahupun bangsa lain. Jika anda inginkan penjelasan lanjut mengenai hukum hakam berkaitan wanita, beberapa ayat yang terkandung di dalam surah An-Nisa ada jawapannya..
  • Berpuasa tidak terhenti selepas bulan Ramadhan berlalu pergi. Tiba bulan syawal, kita disunatkan melakukan amalan mengikut sunah Rasulullah SAW dengan berpuasa enam. Ramai beralasan tidak mahu berpuasa kerana banyak undangan rumah terbuka waktu raya ni. Jangan terkejut, kerana selepas mengetahu fadhilatnya, anda pasti merasa rugi jika tidak berpuasa enam.
  • Apa menu berbuka anda pada petang ini? Soalan itu agak biasa, namun bagaimana jika kami bertanya, bagaimana anda berbuka petang ini? Pasti ada yang mengerutkan dahi sambil berfikir, berbuka dengan makanan lah. Kalau sebelum ni anda berbuka begitu sahaja, tapi kali ini kami kongsikan adab ketika ‘iftar’ atau berbuka mengikut sunnah Rasulullah SAW yang boleh diamalkan. Mari kita tingkatkan amalan di bulan puasa ini dan semoga beroleh ganjaran yang berlipat kali ganda.
  • Ibadah Puasa yang kita lakukan memang besar ganjarannya, juga terdapat beberapa garis panduan yang mesti diikuti. Tahukah anda tentang perkara-perkara ini? Sebagaimana yang telah disepakati ulama’ berdasarkan kepada nas Al-Quran, hadis dan ijma’, terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa dan perkara lain yang makhruh jika dilakukan.
  • Alhamdulillah kita kini berada di ambang ramadan. Semoga Allah memanjangkan usia, kudrat dan memberi kita kesempatan untuk menunaikan ibadah wajib dalam rukun Islam ini. Berikut merupakan niat berpuasa dan solat tarawih sebagai panduan.
  • Berhijab merupakan satu tuntutan wajib dalam Islam. Namun, ia menjadi isu hangat di beberapa buah negara apabila kaum wanita Islam dilarang memakainya. Sebagai contoh, kami terbaca berita terkini tentang gesaan umat Islam di Indonesia agar kerajaan membatalkan dekri yang dibuat pada 2005, yang melarang pegawai wanita yang bekerja di dalam anggota pasukan polis di sana daripada memakai hijab. Ini membuatkan kita terfikir, bukankah beruntung kita yang bebas berhijab di negara ini? Malah banyak lagi untungnya berhijab ini.
  • Bulan Rejab akan meninggalkan kita beberapa hari sahaja lagi, dan selepas ini akan bermulanya bulan Syaaban yang mulia. Bagi yang tak tahu, bulan Rejab tergolong dalam bulan-bulan haram dalam Islam. Pernah terfikir tak kenapa ia dinamakan bulan haram?
  • Menziarahi orang sakit, baik di rumahnya mahu pun di hospital, umpama menziarahi taman syurga. Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka ketika itu dia seolah-olah berada di dalam taman syurga sehinggalah dia pulang. Rasulullah bersabda: Sesiapa yang menziarahi orang sakit, maka (ketika ziarah itu) dia senantiasa berada dalam sebuah taman syurga sehinggalah dia pulang.” [Shahih Muslim, no: 4657/2568]
  • Saya doakan para pembaca sekalian dalam keadaan sihat dan baik. Akan tetapi, sekali sekala ada di antara kita yang Allah SubhanahuwaTa’ala uji dengan sakit. Ada sakit yang ringan dan ada sakit yang berat sehingga terlantar di atas katil sama ada di hospital atau rumah.
  • Ada sebab mengapa kita digesa mengekalkan amalan udara bersih. Sudah tentu supaya kita dapat jalani cara hidup yang sihat di samping ‘menyihatkan’ alam. Dengan menghidu udara bersih, kesihatan lebih terjamin, malah ekologi dan ekosistem juga tidak akan terancam.
  • Apabila Allah menurunkan kepada kita al-Quran, ia bukanlah sebuah kitab yang sukar difahami oleh masyarakat umum. Seandainya ia sukar, nescaya ia tidak akan dapat menjadi panduan dan hidayah kepada umat Islam. Pun begitu, al-Quran bukan juga sebuah kitab yang dapat difahami sesuka hati. Terdapat beberapa kaedah asas untuk memahami. Di sini saya ingin mengambil kesempatan berkongsi beberapa kaedah tersebut.
  • Tepat untuk rekaan fesyen menepati cita rasa si Jenna Tidak perlu dengan corak tampil menjadi tema fesyen sopan dan selesa untuk walau kemana saja.
Dara.com Februari 2016