Berhijab merupakan satu tuntutan wajib dalam Islam. Namun, ia menjadi isu hangat di beberapa buah negara apabila kaum wanita Islam dilarang memakainya. Sebagai contoh, kami terbaca berita terkini tentang gesaan umat Islam di Indonesia agar kerajaan membatalkan dekri yang dibuat pada 2005, yang melarang pegawai wanita yang bekerja di dalam anggota pasukan polis di sana daripada memakai hijab. Ini membuatkan kita terfikir, bukankah beruntung kita yang bebas berhijab di negara ini? Malah banyak lagi untungnya berhijab ini.

 

Sebenarnya hal yang berlaku di Indonesia itu juga ada berlaku di negara ini. Banyak kes yang kami dengar apabila majikan dan syarikat-syarikat besar melarang pekerjanya berhijab. Meminta pekerjanya tidak berhijab di tempat kerja atau akan diberhentikan, serta banyak lagi. Namun ia lama-kelamaan menampakkan perubahan. Apabila manusia sudah mula sedar bahawa berhijab itu bukanlah fesyen atau halangan, tetap ia adalah hukum yang wajib dilaksanakan.

 

KELEBIHAN BERHIJAB

Wanita diwajibkan berhijab, bukanlah sekadar suka-suka. Banyak kelebihan yang boleh diperolehi dengan berhijab. Antaranya wanita yang bertudung akan tampak lebih ayu dan ini diperakui oleh kebanyakkan lelaki di luar sana.  Namun harus diingat,  itu bukanlah niat utama kita untuk behijab. Niat haruslah diperbetulkan kerana jika tersalah niat, dikhuatiri akan terpesong ke jalan yang salah pula.

 

Bukan apa, sekarang ni pelbagai jenis fesyen berhijab di perkenalkan. Dalam banyak-banyak fesyen tersebut, terdapat juga gaya yang tidak mematuhi syarak agama kita. Ianya seperti mendedahkan leher, pemakaian tudung yang jarang, atau tudung yang singkat sehingga menampakkan dada seorang wanita.

 

Apa yang benar, memakai tudung itu bukanlah menjadi kewajipan bagi seorang wanita, akan tetapi apa yang diwajibkan adalah menutup aurat.  Wanita yang pandai menjaga auratnya dengan berhijab dengan sempurna sudah pasti akan dihormati oleh golongan lelaki terutamanya. Jika anda nak tahu, dengan memakai hijab dan menutup aurat, kita telah berjaya mengurangkan risiko dari terkena jenayah rogol yang kian berleluasa kini.

 

SCIENCE BEHIND THE VEIL

Bagi si dara yang sememangnya sudah berhijab, anda memang beruntung. Hal ini kerana kami juga turut terbaca mengenai satu artikel bertajuk ‘ The Science Behind the Veil’ yang menerangkan kelebihan berhijab. Menurut kajian Sains, 40-60 peratus kepanasan badan seseorang akan hilang melalui kepala. Oleh itu, dengan menutupnya dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain.  

 

Ternyata berhijab bukan sahaja memiliki manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. yang sebenarnya terdapat banyak lagi kelebihan berhijab yang lain. Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui tentang setiap apa yang dilakukan-Nya. Walau apa yang diperintah-Nya pasti terkandung hikmah yang tidak ternilai harganya. Bagi yang masih belum berhijab, lakukanlah perubahan baik ini sekarang. Beruntungnya kita berhijab - dara