Ibadah Puasa yang kita lakukan memang besar ganjarannya, juga terdapat beberapa garis panduan yang mesti diikuti. Tahukah anda tentang perkara-perkara ini? Sebagaimana yang telah disepakati ulama’ berdasarkan kepada nas Al-Quran, hadis dan ijma’, terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan puasa dan perkara lain yang makhruh jika dilakukan.

 

Perkara Membatalkan Puasa

1.       Makan dan minum dengan sengaja

2.       Mengeluarkan air mani dengan sengaja

3.       Haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak)

4.       Muntah atau memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja

5.       Melakukan persetubuhan

6.       Gila walaupun sebentar

7.       Murtad

 

Seboleh mungkin, elakkan juga daripada melakukan perkara yang berikut ini kerana ia akan membuatkan puasa menjadi makhruh. Makhruh ialah amalan atau perbuatan yang digalakkan untuk ditinggalkan iaitu diberi pahala kepada orang yang meninggalkannya dengan niat kerana Allah, namun tidak berdosa jika dilakukan perkara tersebut. Berikut adalah diantara perkara yang makhruh dilakukan ketika berpuasa:

 

1.       Berkumur-kumur dengan keterlaluan

2.       Merasa makanan dengan lidah

3.       Bercakap mengenai perkara berunsur fitnah dan membawa kepada keburukkan

4.       Memberus gigi setelah gelincir matahari

5.       Menderma darah

6.       Mencium dan memeluk pasangan

7.       Tidur yang keterlaluan

 

Semoga perkongsian membolehkan kita sama-sama jadikan bulan Ramadan sebagai bulan untuk memperhias diri dengan amalan ibadah yang sebaiknya. Insya-Allah.