Ramai yang mencari lokasi berbuka istimewa yang boleh membawa seisi keluarga untuk Ramadan yang yang tidak lama lagi ini. Hotel Grand BlueWave Shah Alam antara yang ada dalam senarai kami, menyajikan aneka juadah bufet 100% halal setiap hari, bercitarasa Tradisional Alam Melayu Nusantara dan Antarabangsa.

 

Promosi bufet Ramadan  di sini tersedia sepanjang bulan Ramadan dengan pilihan dua pakej iaitu Barakah al-Mubarak dan Fitrah al-Mubarak. Lebih istimewa, tempahan empat dewasa pada 1-10 Ramadan berpeluang membawa seorang lagi dewasa secara percuma.

 

Bagi pakej Barakah al-Mubarak ada disediakan di Restoren Royale Songket aras lobi manakala pakej Fitrah al-Mubarak terletak di aras 1.

 

BlueWave juga ada menyediakan 'menu mesti cuba' seperti Kambing Golek Sumbat Kebbeh bersama Kabees Al Qarnabeet & Nasi Oozy Morocco, Ikan Panggang Ala Portugis, Rendang Penanggah, Rosu Katsudon, Guacamole Asparagus Bebola Ketam, Seleksi Pizza & Burger dan pilihan tujuh jenis nasi.

 

Jika anda mahu berbuka puasa dengan pemanis mulut seperti Baqlava, Dorayaki, Walnut Pie dan banyak lagi sambil mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara langsung, di sinilah juga lokasi berbuka yang boleh dipertimbangkan.

 

Jangan risau terkejar-kejar waktu solat, kerana solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah dengan Imam di Musola yang dikhaskan juga disediakan. Jadi anda boleh menikmati hidangan dan beribadah  bersama keluarga atau teman-teman tanpa masalah.