Padat dengan informasi serta penuh dengan aktiviti menyeronokkan! Itu yang dapat kami gambarkan pada Bengkel Kecantikan Muslimah Dara.com di Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah baru-baru ini. Ilmu berkaitan kecantikan diri sebagai muslimah seperti tutorial memakai hijab daripada ‘Anizon Hijab Stylish’ serta cara asas solekan daripada ‘Giffarine’ berjaya kami kongsikan bersama para pelajar yang hadir.  Beberapa pengalaman manis krew Dara.com dalam menjayakan bengkel kali ini juga sempat dirakamkan menerusi sebuah video ringkas . Saksikan!