Wangian buat seorang wanita umpama sebuah misteri yang indah, berkuasa dan mengagumkan. Memahami dan menghayati elemen tersebut, jenama kecantikan ikonik dunia, LUX telah menjemput team Dara.com berserta media lain seluruh negara untuk bersama-sama merasai serta menikmati keharuman luar biasa rangkaian mandian LUX terkini di Casa Del Rio, Melaka.

 

‘Media Junket’ selama dua hari ini berlangsung dengan cukup meriah berserta aktiviti yang padat, menyegarkan tubuh dan minda. Buat seorang wanita, tiada apa yang diidamkan selain ‘get away’ atau istirehat selama dua hari di samping dimanjakan dengan haruman mandian yang memikat. Hadir sama pada majlis ini, duta jenama LUX Nur Fazura, yang terus melonjakkan pengalaman scentsational dunia wangian secara ekslusif.

 

Sejak kewujudan LUX pada tahun 1925, ia telah mendapat tempat di hati setiap wanita seterusnya menjadikan jenama sabun mandian ini sebagai jenama nombor satu dunia, menerusi kelebihan wangian memikat dalam sabun mandiannya.

 

Terkini, Lux Soft touch, Lux Velvet Touch, Lux White Impress, Lux Magical Spell dan Lux Wake Me Up telah diperkenalkan dan semua orang kini berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman mandian yang mewah dan tidak boleh dilupakan. LUX telah bekerjasama dengan pakar-pakar haruman terkemuka seluruh dunia untuk mencipta satu produk mandian badan yang diperkaya dengan wangian terbaik dan ekslusif, seumpama memakai wangian berjenama mahal yang begitu memikat - drc