Si dia antara berpuluh-puluh calon yang datang semasa sesi testshoot Dara.com pada bulan Julai 2013. Namun dalam ramai yang datang, rezeki berpihak kepadanya. Lagi pula pihak Dara.com melihat dia memiliki kriteria yang kami mahukan, iaitu mata bundar dan besar! Sesuai dengan konsep yang kami ketengahkan iaitu K-Pop!

Pada awal perkenalan semasa sesi fotografi sedang berlangsung, si dia agak malu-malu dan kurang bercakap. Namun, dia cepat memberi respon apabila diarahkan jurufoto dan team Dara.com untuk memberi gaya terbaik buat pembaca Dara.com. Ternyata dia sebenarnya seorang yang ‘gila-gila’ juga sehinggakan ada sahaja reaksi spontannya mencuit hati kami.

Itulah sedikit peribadi Noor Afnie Husna bt Lokman atau lebih mesra dengan sapaan Af, penghias muka depan majalah comel ini bagi isu November 2013. Jom kita berkenalan dengan lebih lanjut dengan empunya diri yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Apa perasaan Afnie apabila terpilih sebagai Covergirl Dara.com?

Sangat-sangat teruja, gembira, terkejut, berdebar semua ada. Af memang tak sangka sama sekali akan terpilih untuk menajdi penghias muka depan majalah kesayangan  Af ini. Alhamdulillah, syukur dan sangat menghargai team Dara.com kerana memberi peluang kepada Af untuk mencuba.

Adakah Afnie seorang penggemar fesyen K-Pop?

Ya, saya memang seorang yang gemarkan fesyen K-Pop, namun tidak ke tahap terlalu obses kerana Af suka tengok cerita Korea dan suka layan lagu Korea. Af suka membeli pakaian rekaannya dari Korea di lama Internet, tapi Af akan pastikan rekaan tersebut menutup aurat dan sesuai untuk digayakan sebagai gadis muslimah.

5 perkara yang Afnie sudah capai dalam hidup.

  • Memenangi banyak pertandingan khat
  • Covergirl majalah kegemaran
  • Sambung pelajaran di universiti pilihan
  • Melancong keluar negara
  • Memiliki gajet yang diidamkan

Temubual Dara.com bersama Afnie tidak terhenti hanya di sini sahaja. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai Covergirl Dara.com ini, dapatkan majalah Dara.com edisi November 2013 di pasaran sekarang!