COVER STORY: Meera Kongsi Pengalaman Kerjaya

Bakatnya mula berkembang sejak dinobatkan sebagai juara finalis, kini bergelar usahawan dan pengacara televisyen. Meera berkongsi bagaimana dia membahagikan masa di antara kerjaya, keluarga dan diri sendiri.

FESYEN DARA: Variasi Fesyen Sezaman

Kesinambungan fesyen pastinya digabungkan dengan idea lama dan baru. Maka, lahirlah fesyen yang lebih hebat! Tiada lama, pasti tiada yang baru. Dara.com menampilkan empat variasi fesyen sezaman yang pelbagai lalu diangkat menjadi pilihan fesyen si daralista. Dalam berfesyen, kesopanan itu tetap menjadi landasan utama si daralista. Didatangkan khas fesyen kali ini bersama stoking tangan yang kini muncul dengan pelbagai rona, corak dan rekaannya yang tentunya lebih versatil.

TATARIAS DARA: Atasi Jerawat Tanpa Rasa Sakit

Sebaik selesai membuat rawatan wajah, pasti wajah anda mula kemerah-merahan atau pun bertompok-tompok kerana melalui sesi pengekstrakan menggunakan alatan khas untuk membuang bintik-bintik hitam di wajah. Jika anda risau perkara itu berlaku, cubalah teknik terbaru atasi jerawat tanpa rasa sakit di Herbaline Facial Spa. 

INFO SIHAT: Pulihkan Masalah Kesan Hitam Pada Tubuh

Anda dipinggirkan gara-gara badan berbau? Rasa rendah diri kerana masalah kehitaman di bahagian lutut, belakang lengan dan bawah lengan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan? Malu berhadapan dengan orang sekeliling dek kerana jerawat tumbuh merata di wajah, malah juga di belakang badan? 

DARA FESYEN: 7 Hari, 7 Warna Berbeza

“Alamak! Banyak sangat baju. Pening nak pilih yang mana satu. Apa yang boleh saya kenakan hari ni, ya?” Apa kata anda kurangkan kekeliruan itu dengan memakai pakaian mengikut warna. Tahukah anda, setiap hari kita mempunyai warna yang serasi dengannya? Apabila mengenakan pakaian mengikut warna hari, anda akan lebih bertenaga dan aura positif lebih mudah terpancar dari diri si pemakai.

AMALAN: Tangani Stres Cara Islam

Mungkin ada di antara kita yang memandang ringan tentang stress, menyebabkan hal ini dibiarkan berlarutan hingga membawa kepada kemudaratan. Hakikatnya, ia banyak mendatangkan implikasi negatif jika kita tidak dapat mengawal stress dengan baik. Sebagai orang Islam, kita diajar untuk tangani stres dengan cara berpegang kepada ajaran Islam.

Antara kandungan lain yang terdapat di dalam majalah Dara edisi September 2014 ini adalah Diet Dengan Keenakan Susu, Ketulenan Aidil Fitri & Aidil Adha, Adab Memberi Teguran, Celaru Identiti: Baliklah Kepada Firah dan banyak lagi. Jangan lupa sertai peraduan jam Ice-Watch bernilai RM5,000, rawatan Feather Light Herbaline bernilai RM2,500 dan produk tajaan Shills Bright Me bernilai RM2,200.