Kecil-kecil cili padi. Kata- kata yang sesuai sekali bagi menggambarkan diri penghias muka depan bulan ini. Baru berusia 15 tahun, Camilia Puteri Muhammad Zuhairi atau lebih dikenali sebagai Camilia bukan hanya punya matlamat yang jelas tentang masa depannya, malah kelebihan dan bakat yang dimilikinya juga cukup mengagumkan. Baginya, usia bukan halangan untuknya terus mencuba dan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk diri juga keluarga tercinta.

 

Minat Berfesyen

 

Melihatkan penampilannya yang hadir bersama ibu tercinta di studio untuk sesi fotografi petang itu sudah cukup memberikan tanda bahawasanya Camilia sememangnya punya rasa dan deria yang kuat tentang dunia fesyen. Tampak bergaya sekali walaupun baru tingkatan 3! Tidak menghairankan, apabila ditanya tentang kesukaan dan minatnya lebih kepada apa, Camilia cepat menjawab  “I love fashion so much!”

 

Menjadikan ibunya yang memiliki empayar butik perkahwinan sendiri sebagai idola dan teman untuk berbicara soal fesyen, Camilia juga gemar melakukan rujukan berkenaan fesyen dan gayaan terkini sama ada menerusi majalah ataupun internet.

 

“Selalunya, apabila mengetahui tentang sesuatu tentang sesuatu rekaan terbaru, saya akan berkongsi dengan ibu. Kami sama-sama berbincang dan berkongsi idea untuk cuba aplikasikan rekaan terbaru itu pada busana pengantin di butik ibu,” kata pelajar Sekolah Menengah Seksyen 7, Shah Alam ini.

 

Menarik Bulan Ini!

 

Perbualan team Dara.com bersama Camilia selanjutnya ada dalam majalah Dara.com edisi 141,Mac 2014 di pasaran sekarang! Pastinya lebih banyak info berguna seperti 10 program diet gagalkan misi kurus, 95 ilham feysen dan gaya tudung, 85 tip hijrah diri, lawan emosi dan banyak lagi info berguna penuh informasi untuk anda, daralista! Jangan tunggu lagi, jom dapatkan majalah Dara.com di pasaran sebelum terlambat!