Penampilan cukup sederhana saat kali pertama bersua muka. Disapa lembut dengan ucapan salam. Seawal jam lapan pagi, Nur Safiah, 17 menanti penulis di lobi Kumpulan Media Karangkraf seperti yang dijanjikan.

 

Salam dihulur tanpa perkenalan. Bibirnya murah dengan senyuman. Sekali gus buat penulis rasa serasi dan mudah untuk meneruskan sesi fotografi yang seterusnya. Tahniah buat Safiah kerana terpilih menghiasi kulit hadapan Dara.com. Anak gadis di luar sana ramai yang menanti peluang ini. Jom kita kenali Safiah dengan lebih dekat lagi.

 

Bagaimana perasaan Safiah bila terpilih manjadi gadis penghias kulit Dara.com?

Gembira, sedikit teruja dan rasa bersyukur dengan pelawaan Dara.com. dengan menjadi gadis penghias Dara.com, Safiah dapat memberi galakkan kepada gadis-gadis lain di luar sana untuk memakai hijab dengan cara yang betul tetapi masih lagi boleh bergaya dengan lilitan selendang saat dikenakan dengan pakaian. Sesi fotografi untuk gadis penghias kulit Dara.com edisi Februari 2014 pun cukup menarik dengan kasut tumit tinggi, solekan, aksesori dan konsep majalahnya yang ‘cergas, cerdas dan trendy’ tapi tidak pula mengetepikan soal menutup aurat. Way to go, Dara.com!

 

Sejak bila mengenali majalah Dara.com?

Sejak Safiah di sekolah rendah lagi. Kawan-kawan Safiah pada ketika itu bawa majalah Dara.com ke sekolah secara senyap, tapi masih boleh nak menunjukkan kepada kawan lain. Safiah pun ikut serta..

 

Apakah cita-cita dan impian Safiah?

Buat masa sekarang, impian Safiah untuk menggunakan usia muda dengan sepebuhnya dan suatu hari nanti pergi menunaikan Haji bersama suami pada bulan pertama perkahwinan. Mengapa tidak?

 

Siapa pendorong Safiah dalam kehidupan?

Semestinya keluarga Safiah. Saya amat-ama menyayangi mereka.

 

Apakah pengertian kasih sayang buat safiah?

Sebagai insan, kita tetap akan ada keinginan yang mendalam untuk merasa dan memberi kasih sayang. Tetapi jika kasih sayang itu bermakna hidup kita berkecai, tidak tenang, tidak menjaga perihal diri lagi dan masih sanggup melakukan apa sahaja, berkemungkinan besar itu bukanlah makna kasih sayang. Wake up girls.  Jika dibawa dalam sujud, sudah tentu kasih sayang itu lebih berkekalan sampai ke akhir hayat.

 

 

MENARIK BULAN INI

 

Percaya atau tidak, isu Februari sudah berada di pasaran sekarang? Dara.com kembali dengan pelbagai isu menarik seperti 95 seleksi fesyen tahun baru, cara sesuai kasut dengan celana, 13 tip penting rias wajah bagi si amatur, cara betul memantapkan pinggang dan lengan dengan senaman serta menangi 120 selendang istimewa khas buat anda pembaca setia Dara.com!!! Rebut sekarang!