Marfatin, seindah namanya, seindah wajahnya, merupakan si daralista yang sangat bertuah kerana terpilih menghiasi kulit muka hadapan majalah Dara.com yang kini semakin mendapat tempat di hati pembaca remaja Muslimah khususnya. Saban hari, ratusan keping surat dan gambar penyertaan dihantar ke meja editor Dara.com. Akhirnya yang bakal terpilih hanya seirang yang benar-benar layak. - m/s 70

 

FESYEN DARA: Gaya Seni Kreatif

Jaket bercorak, skirt labuh, ombre, palazo, celana harem antara kombinasi yang sesuai digayakan tatkala waktu santai. Rekaannya yang menarik dan terkini tampil menjadi ikutan fesyen remaja Muslimah. Tentunya ia memberi gaya seni yang lebih kreatif, bukan? -m/s 42

 

INFO SIHAT: Awas! Periksa Label Air Mineral Sebelum Minum

Pernah tak anda mengalami situasi di mana anda keliru untuk memilih air mineral yang dijual? Sementelah pula terdapat pelbagai jenama dan harganya juga berbeza-beza. Tahukah anda kandungan apa yang terdapat di dalam air mineral? Dan kenapa harga air mineral berbeza-beza sedangkan ia daripada sumber air yang sama? -m/s 80

 

AMALAN: Larangan Ketika Haid

Proses datang bulan dialami wanita sihat yang berusia belasan tahun. Tempoh kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Bagi sesetengah individu, mungkin kitaran haid pendek iaitu 21 hari dan selebihnya boleh mencecah sehingga 35 hari. Jangka masa haid yang normal antara dua hingga tujuh hari dan  purata tempoh datang haid ialah tiga hingga lima hari. Justeru itu, marilah kita mengetahui serba sedikit tentang larangan ketika haid. - m/s 89

 

APA KATA LELAKI: Gadis Bola Yang Obses

Kebelakangan ini, sukan bola sepak Malaysia semakin diminati walaupun penuh dengan kontroversi. Semangat daripada pasukan sorak dari kelab dan negeri masing-masing memang ketara, namun segelintirnya terlalu egois mengeluarkan ulasan. Walaupun sukan bola sepak sinonim dengan kaum lelaki, namun begitu anak gadis zaman ini pula semakin menggilai sukan bola sepak ini. - m/s 127

 

MENARIK BULAN INI

Antara kandungan menarik adalah 10 manfaat manisnya madu, Turun 4kg dalam 1 minggu, Sahkah solat telekung melekat di badan?, Jadual menu diet sihat 1 minggu, Iman mengisi jiwa kosong Salma, Senaman plank kempiskan perut, 102 seleksi fesyen & gaya tudung serta banyak lagi. Jangan ketinggalan untuk menyertai peraduan dan menangi hadiah menarik seperti Hijab Dewi Safiyya, Pakej rawatan Tini's Spa, Selendang Benang Hijau, Pakej rawatan resdung dan wajah Manja Hair & Beauty Centre. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah Dara.com keluaran April 2014!