Perkenalan melalui laman sosial yang singkat menemukan kami hingga ke set fotografi. Apa yang membuatkan penulis terdetik untuk lebih mengenali gadis comel kecil molek yang berasal dari Perak ini ialah apabila aksi dan keletahnya di laman Facebook miliknya yang nampak ceria dan pandai berposing. Pada mulanya, disangkakan umur dalam lingkungan belasan tahun, rupa-rupanya 22 tahun! -m/s 48

 

TIP BELAJAR: 7 Tip Cintai Subjek Yang Dianggap Sukar

Pasti antara kamu mempunyai satu atau lebih mata pelajaran yang dianggap susah dan membebankan. Malah, ia akan  membuatkan kamu tidak bersemangat utnuk belajar. Namun, ia bukanlah satu alasan  untuk kamu terus membenci mata pelajaran  tersebut, sebaliknya kamu harus memiliki keinginan. -m/s 82

 

DARA FESYEN: Ukurlah Baju Di Badan Sendiri, Biar Sentiasa Sopan!

Fenomena dan stail berfesyen akan bertukar mengikut musim. Manakala kreativiti itu tidak akan pernah terhenti selagi dunia tekstil sentiasa menghadirkan corak dan material baru. Belek sahaja majalah, melihat iklan-iklan di papan besar, melayari Internet, semuanya dengan pantas berkongsi trend terkini yang sedang melanda dunia fesyen. Sebagai penggemar, siapa yang mahu ketinggalan dan tidak mencuba fesyen-fesyen terkini. -m/s 86

 

TOPIK CINTA: Taraf Pendidikan Jadi Sandaran

Sebuah perhubungan iu sentiasa menuntut restu daripada kedua ibu bapa. Tanpa restu, sukar untuk sebuah perhubungan itu pergi jauh dan melangkah ke fasa yang seterusnya. Pun begitu, apakah penyebab kepada TIDAK berolehnya restu daripada keluarga? Berbeza warna kulit, agama, latar belakang atau taraf pendidikan? -m/s 104

 

Antara kandungan menarik yang lain adalah "100++ inspirasi fesyen dan gaya tudung gadis semasa", "8 tip elak jadi mangsa fesyen", "Solat hormati waktu tidak wujud zaman Rasulullah", "7 tip belanja online elak tertipu", "20 menu snek bakar 200 kalori" dan banyak lagi. Jangan lupa sertai peraduan produk kesihatan Gamat Emas, produk Belyva, tudung Marlena Hijab dan produk Giffarine. Semua boleh diperolehi menerusi majalah Dara keluaran Mei 2014!