Suaranya kedengaran agak keras tetapi sentiasa diselangi dengan ketawa membuatkan sesiapa sahaja yang mendengarnya turut tersenyum. Walaupun pada mulanya hanya mendengarnya di corong telefon, tetapi itu sudah cukup menunjukkan personaliti riang penghias muka depan majalah Dara.com isu ini.

 

TIP KASUT: 10 Tip memilih Kasut

Adakah anda pernah mengalami situasi kasut yang anda pakai tidak sampai sebulan sudah rosak atau kaki anda sakit gara-gara tersalah memilih kasut? Dalam keadaan itu, biasanya anda akan menyalahkan kasut berkenaan, pada hal masalah ini timbul daripada sikap anda sendiri yang tidak tahu memilih kasut yang sesuai.

 

INFO SIHAT: Gastrik Boleh Puasa

Pada penghujung Jun nanti kita akan menyambut kedatangan Ramadan. Ketika inilah ramai wanita berusaha bersungguh-sungguh menggantikan puasa yang tertinggal tahun lalu supaya tidak dikenakan denda (fidyah).

 

TIP SOLEKAN: Solekan Sepantas 5 Minit

Terlajak tidur hingga untuk pergi ke tempat kerja mahu pun dewan kuliah? Jika anda tahu melilit selendang sepantas lima minit, kini anda perlu menambah ilmu baru iaitu solekan ringkas sepanas yang mungkin. Tidak perlu solekan tebal hingga menimbulkan rasa tidak selesa apabila berada di luar.

 

TIP KARIER: 7 Cara Mudah Naik Pangkat

Sudah lama anda bekerja di syarikat yang sama, tetapi anda masih lagi tidak dinaikkan pangkat. Itu mungkin kerana anda masih lagi tidak menepati ciri-ciri yang bos anda mahu. Apa yang perlu anda buat untuk cepat dinaikkan pangkat?

 

Antara topik lain yang ada dimuatkan di dalam majalah DARA.COM edisi Jun 2014 ini adalah Puasa cara terbaik lindungi usus elak gastrik, 180 fesyen & gaya tudung inspirasi pra-syawal, 15 tip fesyen evergreen mesti tahu, Aku menantimu lailatul qadr, Mencari cinta bersyarat dan banyak lagi. Jangan lupa rebut peluang menangi 240 helai tudung percuma sempena ramadan dan menangi beberapa hadiah bernilai RM10,000!