COVER STORY: Fatin Liyana Prihatin Nasib Rakyat Gaza

Barangkali ada yang deejavu melihat wajah ini sekali lagi menjadi penghias muka depan majalah Dara.com. Ya, inilah realiti. Sengaja pemilik laman blog popular honeykoyuki.blogspot.com ini kami persembahkan semula. Bukan satu kesilapan. Malah, kami kira ini hadiah buat para pembaca setia yang rindu dengan kisah gadis comel ini. Inilah yang membawa semula Nur Fatin Liyana Asri kembali membuka dimensi dan cerita baharu. Tidak sabar untuk mengetahui kisah terbaru FL kan?

 

DARA FESYEN: 21 Do’s & Don’t Suai Padan Gayamu

Terlalu sibuk dengan kerja seharian sehingga menyebabkan anda tidak sempat membeli-belah pakaian baru untuk menghadiri majlis istimewa tentunya buat anda runsing. Tiada masalah jika anda mahu mengenakan koleksi pakaian sedia ada di dalam gerobok anda. Suai dan padankan sahaja menggunakan kreativiti anda. Tentunya menarik, bukan? Ayuh perhatikan tip-tip ini. Do’s & Don’t ya!

 

TATARIAS DARA: Rehatkan Badan Dengan Urutan ‘Relaxing’

Tubuh badan memerlukan rehat setelah penat belajar atau bekerja. Urutan badan, selain berfungsi untuk merehatkan dan menenangkan tubuh badan, urutan tradisional yang diamalkan sekian lama dianggap sebagai satu usaha alternatif dalam merawat kesakitan membabitkan urat-urat saraf. Mari tinjau keunikan dan kenikmatan urutan yang ditawarkan oleh Dyla Muslimah Home-Spa dengan hanya serendah RM70.

 

INFO SIHAT: Haid Tidak Teratur, Antara Punca Migrain?

Wanita mempunyai kecenderungan 75 peratus lebih tinggi untuk menghidap migrain berbanding lelaki, kebiasaannya sebelum haid atau selepas menopaus. Sakitnya sukar untuk digambarkan. Segala-galanya terasa serba tidak kena. Ketahui apakah simptom-simptom penyakit ini dan apakah faktor-faktor penyebabnya.

 

FESYEN DARA: Sofistikated Jaket Fesyen Korea

Kurang yakin dengan penampilan diri dan takut untuk berfesyen di khayalak ramai? Jangan risau, ini ada solusinya. Sarungkan saja jaket fesyen Korea ternyata ia mampu menyerlahkan saya penarik diri anda. Apatah lagi  dengan rekaan corak yang pelbagai, ia menjadikan gayamu tampak ceria dan comel. Jom lihat pelbagai cadangan ‘mix n match’ dengan jaket ini!

 

CAHAYA ROHANI: Berkenalan Dengan Makhluk Ghaib?

Pasti kita pernah mendengar kes-kes rasukan, histeria dan gangguan yang tidak dapat dijelaskan oleh sains, logik mahupun adat kebiasaan, Lebih memberatkan, kes-kes seperti ini mangsanya yang lazim ialah wanita, khususnya yang berumur belasan tahun dan belia. Mari kita baca penerangan lanjut mengenai isu ini oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.

 

Antara kandungan lain yang terdapat di dalam majalah Dara edisi Oktober 2014 ini adalah Amalan: Ketahui Amalan Qurban Dan Fadilatnya, Rencana: Saat Kita Ditimpa Musibah, Itu Tanda Kasih Sayang Allah, Tip Cinta: Kalau Nak Berkorban Demi Cinta, Biarlah Berpada-Pada dan banyak lagi. Jangan lupa sertai pelbagai peraduan dengan hadiah menarik seperti Rawatan Spa bernilai RM2,500 daripada Dyla Muslimah Home-Spa dan 30 helai Sookascarf. dara