Khusus buat peminat Fatin Suhana, Dara.com bawakan kisah ‘peribadi’ nya yang mungkin sebelum ini tidak pernah dikongsikan dalam mana mana ruangan. Istimewa hanya dalam Dara.com. Semoga paparan kali ini mendekatkan anda lagi untuk lebih mengenali siapa sebenar si gadis kecil molek ini. Jom semua...ikutilah bual bicara penulis bersama the one and only... lovely person!

 

COVER STORY: Fatin Kongsi Pengalaman Kerjaya

Fatin Suhana amat sinonim dengan dunia peragaan Muslimah khususnya. Jika diselak mana-mana majalah Muslimah, pasti terselit wajah dan gayanya menghiasi ruangan fesyen atau penggayaan tudung.

 

FESYEN DARA: Busana Indah Serikan Rumah Terbuka

Serikan lebaran anda dengan busana indah daripada rona lembut dan terang. Gabungan selendang dwi warna yang hampir sedondon dengan baju menambahkan lag i aura si pemakai. Sesekali menggayakan fesyen mini kurung moden apa salahnya. Bergayalah dengan penuh yakin saat menghadiri majlis rumah terbuka bersama sanak saudara dan rakan taulan.

 

TATARIAS DARA: Manjakan Diri Dengan Pati Emas

Fokus bekerja dan belajar menyebabkan tubuh badan anda tidak selesa kerana terlalu penat. Selain urutan, badan juga perlu dimanjakan dengan lulur dan mandi susu. Bukan sahaja untuk mencerahkan kulit, malah dapat memberikan ketenangan pada seluruh badan anda. Tunggu apa lag i? Segera mulakan langkah anda ke Pusat Rawatan Kecantikan Aishah Radhiah.

 

INFO SIHAT: 20 Tip RIngkas Untuk Sihat

Ingin sihat dengan cara mudah, tanpa mengeluarkan wang dan yang paling penting tidak perlu ikat perut semata-mata ingin sihat? Berikut disenaraikan tip mudah untuk sihat. Jom kita amalkan.

 

DARA FESYEN: 'Radiant Orchid' Ronanya Memukau

Jika diamati, ‘Radiant Orchid’ telah banyak mewarnai 2014. Ia digambarkan sebagai warna ungu yang dicampur dengan merah jambu serta mempunyai ton fuchsia. Jadi usah tertanya-tanya apabila melihat banyak penggunaan warna ini. Dilihat sebagai warna yang terang, ia akan memberi impak positif pada semua jenis ton kulit.

 

AMALAN: Amalan Masuk Rumah Baru

Rumah Baru Bag i anda yang ada kerjaya dan diberikan rezeki untuk membeli kediaman sendiri walaupun masih bujang, tentunya sesuatu yang menggembirakan. Boleh menghias dan menyusun atur perabot meng ikut cita rasa sendiri.

 

Antara kandungan lain yang terdapat di dalam majalah Dara edisi Ogos 2014 ini adalah 93 Inspirasi Versatil & Gaya Tudung, 20 Tip Langsing Tanpa Ubatan, Elak Generasi Muda Jadi Hamba Hutan dan banyak lagi. Jangan lupa sertai peraduan jam Ice-Watch bernilai RM5,000, barangan Nano White, produk kecantikan Rhupawan, 20 mandian bunga & susu bernilai RM2,000.