Satin adalah tenunan yang umumnya memiliki permukaan ‘glossy’ dan hujungnya melengkung. Kain ini dihasilkan melalui teknik tenun ‘warp-dominated’ yang membentuk jumlah minimum jalinan dalam kain. Satin biasanya kelihatan berkilat, lembut dan terbentuk.

Daralista mulai menggemari tudung dengan material daripada fabrik satin. Ia disebabkan tudungnya kelihatan cantik dengan kilauan, selesa serta tampak mewah. Selain itu, satin juga mudah digayakan serta sesuai pada penampilan gadis manis yang ingin kelihatan feminin serta’ trendy’

Tudung satin juga menampilkan corak-corak ‘vintage’, flora, renda dan abstrak moden yang begitu menawan. Walaupun tudung satin corak menjadi pilihan, tudung satin ‘plain’ juga masih ‘up-to-date’. Ia lebih mudah digayakan dengan apa jua busana. Kemunculan satin jenis ‘dull’ pula menaikkan lagi ‘trend’ satin di dalam dunia fesyen.dara