1. Subur
Tanah yang dijadikan oleh Allah menjadi tempat semaian tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Taburkan sahaja benih pokok dan buah yang anda inginkan di atas tanah. Insya-Allah cepat ia tumbuh jika dijaga dengan baik. Jika anda taburkan benih pada api, apa yang akan jadi? Pasti benih itu terbakar, bukan? Ini kelemahan api yang pertama.
 
2. Kehidupan
Manusia, haiwan di darat dan tumbuh-tumbuhan amat memerlukan tanah sebagai sumber kehidupan mereka. Kita membuat rumah di atas tanah sebagai tempat berteduh, manakala haiwan menjadikan tanah sebagai tempat untuk mereka berpijak dan berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain. Sudah tentu tumbuh-tumbuhan akan kekal hidup menghijau jika ada tanah sebagai dasarnya. Sifat api? Ia hanya menghanguskan sesiapa sahaja di dalamnya
 
3. Pemadam
Solum bermaksud tanah dalam bahasa Latin mempunyai bahan mineral dan organik yang padat. Air dan udara merupakan bahagian yang ada di dalam tanah. Sebab itu makhluk yang hidup di muka bumi ini amat memerlukan tanah. Disebabkan komposisi unik ini juga tanah berupaya menjadi bahan pemadam kepada api yang menyala. Apabila api marak dan tiada air untuk meredakannya, maka anda boleh menggunakan tanah. Hebat bukan fungsi tanah?
 
4. Sendiri
Tidak kisah apa jenis tanah sekali pun, sifatnya sendiri bermaksud tidak boleh diubah. Selain tetap, tanah ada di merata tempat tanpa perlu kita bawa sentiasa.Ia juga tidak memerlukan manusia untuk menaburkannya di mana-mana kerana memang bumi ini dilengkapi dengan tanah dan air. Namun, api tidak boleh hidup dengan sendirinya. Pasti ada sesuatu yang akan membakarnya seperti mancis, batu atau pun panas terik matahari. Tidaklah sehebat mana rupanya api ini.
 
5. Cipta
Allah menjadikan tanah sebagai punca penciptaan semua makhluk di muka bumi ini. Kehadiran Nabi Adam dan Hawa sebagai insan pertama turun ke bumi memanjatkan martabat tanah sebagai bahan yang penuh bermakna sehingga Allah menyebutnya berulang kali di dalam Al-Quran. Tetapi, api hanya digunakan untuk mencipta iblis, jin dan syaitan yang dilaknat Allah selamanya. 
 
6. Manfaat
Waima berada di bawah, tetapi martabatnya sangat besar. Di permukaan tanah terdapat pelbagai benda hidup dan juga air di lautan dan sungai-sungai yang mengalir. Danau dan hutan belantara semuanya berada di atas tanah untuk kekal hidup. Api bukan membiarkan mereka hidup aman malah akan membakar
dan menghanguskan semuanya. Kemusnahan yang dibawa oleh api mendatangkan kesusahan kepada manusia, haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan.
 
7. Berat
Segenggam tanah mungkin anda masih mampu untuk membawanya, namun sebaldi tanah sudah tentu anda akan mengajak rakan untuk mengangkatnya bersama. Jika ingin membuat rumah, kenderaan jentolak diperlukan untuk mengorek dan mengalihkan tanah. Angin kencang sekalipun tidak akan membawa tanah ke tempat lain. Api pula lain ceritanya. Jika ditiup angin, memang akan terpadam walaupun angin sepoi-sepoi bahasa. 
 
8. Rebutan
Harga tanah yang meningkat sekarang ini membuktikan ia sentiasa menjadi rebutan manusia untuk memilikinya. Manakala haiwan sentiasa bergaduh bagi berebut kawasannya kerana tidak mahu berkongsi dengan yang lain. Sungguh hebat manfaat tanah ini daripada api yang tidak diingini oleh sesiapa pun kecuali untuk  memanaskan badan ketika sejuk, memasak air menggunakan kayu dan juga menerangkan suasana gelap. Sangat minimum penggunaannya.
 
9. Kukuh
Dari segi kajian sains, tanah terbentuk daripada bahan induk yang telah dimodifi kasi melalui perubahan iklim dan juga mikroorganisma termasuk manusia dan  haiwan. Oleh itu, tanah tidak mengharapkan bantuan lain untuk kukuh di suatu tempat. Api pula sangat perlukan kehadiran tanah sebagai dasar untuk membakar dan memanaskan.
 
10. Tetap
Tanah yang ada di sesuatu kawasan akan berada tetap di situ jika tidak diusik atau dialih ke tempat lain. Ia juga tidak akan hilang selama-lamanya. Anda korek sedalam mana sekalipun, tetap tanah yang akan muncul tetapi sifat api begitukah? Api cepat sahaja terpadam jika terkena angin apabila dihidupkan. Ia juga tidak tetap dan mudah melayang-layang. Adakah api lagi hebat sebenarnya?