Bukan senang untuk menjalinkan kemesraan sesama teman sekerja atau sekolej kerana masing-masing berusaha untuk mendapatkan kedudukan dan perhatian yang lebih tinggi antara satu salam lain. Persaingan adalah perkara biasa yang dialami semua orang. Walau bagaimanapun, sering juga terjadi senario di mana sahabat menyimpan perasaan benci dan dendam apabila melihat kejayaan orang lain. Ayuh...kenal pasti sahabat yang menympan perasaan cemburu.

 

1.      Pandang serong

Menganggap bahawa kejayaan yang anda miliki itu adalah hasil dari sikap anda yang suka mengampu pihak batasan. Biarpun pada hakikatnya anda bekerja keras untuk mencapai kejayaan seperti  yang anda miliki hari ini.

2.      Bermuka-muka

Sahabat anda memuji kejayaan anda itu, namun dalam pujiannya itu terselit juga kata-kata sinis yang agak kurang menyenangkan. Lebih menyedihkan lagi pabila ada teman-teman di sekeliling anda yang menyampaikan bahawa si sahabat bermuka-muka dengan anda.

3.      Menyebar Khabar Angin

Dalam waktu yang sama, si sahabat juga turut mengatur strategi kotor dengan menghebohkan-hebohkan khabar angin, kononnya sesiapa sahaja yang berbaik-baik dengan anda mempunyai kepentingan tertentu.

4.      Sentiasa mengkritik

Di mata sahabat apa sahaja yang anda lakukan, seolah0olah tidak betul. Ada sahaja kritikan yang dilemparkan kepada anda. Ada kalanya kritikan yang diberikan itu memang tidka relevan.

5.      Terlalu sensitif

Apa sahaja teguran yang diberikan demi kebaikan si sahabat dianggapnya sebagai racun dalam persahabatan. Sahabat beranggapan anda sengaja ingin menyakiti hatinya, biarpun pada hakikatnya anda ingin membantu sahabat memperbaiki prestasi kerja atau pelajarannya.

6.      Guna taktik menghasut

Sahabat cuba menghasut teman-teman anda agar membataskan pergaulan dengan anda. Menurut sahabat, anda perlu emilih kawan dan tidak boleh berkawan dengan sembarangan orang, sedangkan anda tidak pernah berfikiran sedemikian. Situasi ini akan melahirkan ketidakpuasan hati antara anda dengan teman-teman.

7.      Kerap bertengkar

Anda mulai sedar sejak kebelakangan ini sahabat cuba menaikkan apai kemarahan anda. Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja perselisihan faham yang berlaku, sekali gus menghangatkan hubungan persahabatan. Sikap sahabat yang tidak mahu mengalah dank eras kepala bakal memburukkan hubungan persahabatan.

8.      Mengungkit

Sahabat seolah-olah mengungkit segala pertolongan yang pernah dihulurkan suatu ketika dahulu. Lebih menyedihkan lagi apabila si sahabat mengungkit bahawa kejayaan yang anda miliki hari ini adalah hasil sokongan dan pertolongan daripadanya.

9.      Menjauhkan diri

Sejak berlakunya  insiden perselisihan faham antara anda dengannya, si sahabat seolah-olah cuba menjauhkan diri dari anda. Malah, dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan anda. Setiap kali anda mengajak untuk berbincang, dia yang bertindak membatukan diri dan tiada inisiatif untuk memperbaiki hubungan persahabatan anda itu. dara