Siapa yang tidak mahu pandai? Pasti tiada orang yang akan mengangkat tangan mengiyakan persoalan ini. Namun, ramaikah antara kita yang menggunakan fungsi otak sepenuhnya? Jika kita seorang yang pemalas dan tidak mahu berfi kir bagaimana kita ingin menjadi genius? Tahukah anda bahawa otak manusia mengandungi 10 trilion sinaps bagi mereka yang rajin berfi kir. Jika anda jarang memerah otak, sel-sel tersebut akan terbiar begitu sahaja. Rugi bukan? Bagaimana anda ingin memiliki minda yang hebat?

 

Latih Berfikir
Kerap kali kita mendengar ibu bapa membandingkan anak-anak mereka. Ada yang bertanya, “Mengapa anak si A dapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah sedangkan anak si B pula hanya cukupcukup makan sahaja”.

Dalam situasi ini, anda perlu bertanya berapa kali anak si B menelaah set soalan atau latihan sebelum menduduki peperiksaan? Bandingkan kedua-duanya barulah anda akan mendapat jawapan yang sebenar.

Otak yang tidak diasah untuk jangka masa waktu yang lama kemudian dipaksa berfi kir dan mengingati fakta dalam masa dua hari memang tidak akan berjaya. Oleh itu, untuk mendapat minda yang genius, anda perlu selalu melatih otak anda berfi kir dengan mengulang kaji pelajaran sekurangkurangnya seminggu sekali.

 

Mengeluarkan ‘Isi’ Otak

Jangan menyalahkan takdir jika anda tidak berjaya seperti insan lain. Ini kerana tidak ramai manusia yang dilahirkan di dunia ini seorang yang genius sejak kecil.

Jika itu kenyataan yang perlu dihadapi, ubah gaya hidup anda mulai sekarang. Buang sifat malas dan mula merajinkan diri membaca buku ilmiah. Ingati segala fakta dan isu-isu semasa yang anda ketahui.

Amalan ini akan membantu otak untuk mencari semual fail-fail data yang tersimpan di sebalik sel-sel otak yang sedang tersambung ketika itu. Ia sekali gus dapat mengasah otak anda untuk berfi kir dengan lebih tajam.