Anak kelahiran dari negeri Cik Siti Wan kembang ini cukup lemah lembut ketika bergaya di hadapan lensa kamera. Ternyata dia memiliki raut wajah yang cukup foto genik. Terlalu menggemari warna-warna pastel. Biar apa gaya sekalipun yang diberikan, dia tetap kelihatan cantik dan manis untuk dipandang. Terima kasih buat Tengku Noor Adora Saroja kerana sudi menjadi penghias muka hadapan majalah Dara.com bagi isu Oktober 2013 kali ini.

 

Oja seorang yang bagaimana?

Bersifat sensitif dan emosi. Memahami dengan hanya orang yang rapat dengan Oja sahaja. Suka memasak untuk keluarga ketika masa lapang. Easy going…I love and appreciate the finer thing in life, my family. Bersyukur. I love sharing only with the person I love. Oja lebih selesa berkawan dengan orang yang berfikiran terbuka, ramah, mudah berkawan, jujur dan rendah diri.

 

Apakah pendapat Oja dengan fesyen Muslimah hari ini?

Fesyen muslimah sekarang semakin ebrkembang berbanding dahulu. Muslimah sekarang tidak terikat dengan pandangan masyarakat dahulu yang mengatakan wanita bertudung ini kolot dan tidak tahu berfesyen. Fesyen muslimah sekarang semakin variasi dengan itu ramai remaja di luar sana sudah mula mendekati gaya Muslimah yang sopan. Walaupun gaya up-to-date tapi masih bergaya muslimah!

 

 

Apakah pengertian pengorbanan bagi Oja?

 

Perngorbanan adalah satu perbuatan yang mengorbankan sesuatu yang bernilai, demi sesuatu yang dianggap lebih ternilai atau layak dikorbankan. Pengorbanan yang melibatkan semua pihak, yang tidak menyifatkan untuk kepentingan diri sendiri. Itulah pengorbanan.

 

Ucapan Oja untuk Muslimah di luar sana?

 

Ucapan Oja kepada semua Muslimah di luar sana, kita harus mencontohi keperibadian sebagai Muslimah seperti puteri Rasulullah yang dikasihinya iaitu saiditina Fatimah Al- Zahra. Mungkin remaja sekarang ramai yang tidak mengenali puteri Rasulullah yang menjadi turutan kaum Luslimah dahulu.

Mungkin aliran generasi membuat kita lalai untuk mengikuti jejak langkah puteri Rasulullah ini. beliau adalah seorang yang berani, lemah lembut, sopan, tegak pendirian, penyabar, hidup dalam kesederhanaan, anak yang solehah, taat kepada agama dan suami dan pemurah.

 

Lebih banyak lagi info temubual Dara.com bersama Oja pada edisi keluaran Oktober 2013. Dapatkannya sekarang!