Wajah gadis cantik kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini memang tidak asing lagi dalam dunia peragaan. Riak wajah yang menawan serta personaliti yang lemah lembut antara aset penting yang melayakkannya menjadi penghias wajah muka hadapan majalah Dara.com. Walaupun kurang bercakap, tetapi setiap butir katanya amat bermakna untuk disampaikan. Mari kita kenali lebih dekat kisah hidup Engku Sulwani bt Engku Ismail, 22, yang menjadi dambaan pemilik butik seluruh Negara ini untuk menjadi model busana mereka.

 

Didikan Tunjang Utama

Dari kecil lagi, Engku Sulwani atau lebih comel dengan panggilan Esul, sudah dididik secara tegas oleh kedua-dua ibu bapanya demi mencapai kejayaan pada masa hadapan. Setiap aspek kehidupan anak-anak terutama pelajaran merupakan perkara utama perlu dititikberatkan.

 

Hasil didikan ibu ayah, Esul Berjaya memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), 8A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan juga 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bukan mudah untuk Berjaya, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Moto ini yang dipegang setiap masa oleh Esul hinggalah ke saat ini.

 

“Ibu dan ayah adalah sumber inspirasi saya selain daripada salah seorang adik-beradik yang Berjaya menjadi doctor sekarang ini. Merekalah yang membuatkan saya sentiasa fokus dan cekal menempuh cabaran sepanjang pengajian,’ ujar gadis kecil molek ini.

 

Pekerjaan Mulia

Esul sudah dipupuk minatny dari kecil lagi untuk memilih bidang kedoktoran sebagai kerjaya utama. Doktor merupakan pekerjaan yang paling mulia. Tidak semua orang mampu bergelar doktor dengan mudah.

 

Istimewanya kursus ini dapat mengenali latar belakang diri pesakit, mengetahui pelbagai jenis penyakit sekali gus mencari cara untuk mengubatinya.

 

Menarik Bulan Ini

Banyak lagi info mengenai ‘cover girl’ Dara.com di dalam majalah Dara.com isu Januari 2014! Bukan itu sahaja, khas untuk si dara yang nak tahu 100+ ilham fesyen dan ikatan tudung, aksesori yang melengkapkan gaya si daralista, doa amalan untuk naikkan seri wajah, khasiat jus asli untuk melangsingkan tubuh dan banyak lagi. Jom rebut Dara.com di pasaran sekarang!