Bercuti atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong atau bercuti, anda perlu melakukan pelbagai perancangan termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian berjalan dengan lancar. Berikut beberapa tip yang boleh anda amalkan, tidak kira di dalam atau luar negeri. Sahutlah seruan, berbelanja dengan berhemah!

 

1.      Menabung

Jika mahu merancang untuk bercuti, mula menabung dari awal. Asingkan duit persiapan bercuti ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan fokus pada perancangan anda.

 

2.      Pakej promosi

Pilih percutian yang ada pakej promosi. Tanya ajen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang indah. Umumnya menjelang musim sejuk negara Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.

 

3.      Perancangan percutian

Sebelum bercuti, anda perlu persiapkan diri dan minda dengan perancangan rapi. Tetapkan hala tuju negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh bercuti. Buat pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk jimatkan tenaga, masa dan wang, cari lokasi menarik yang berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan dan bayaran tambang.

 

4.      Bajet semasa bercuti

Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan dan cenderamata yang akan dibeli. Apabila bercuti di luar negara, anda harus tahu kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ia juga memudahkan urusan terutama ketika membeli belah.

 

5.      Tempahan awal

Tempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal bagi mendapatkan harga murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Sebaiknya ditempah awal bagi mengelak sebarang masalah.

 

6.      Peta

Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi, pastikan anda membeli peta di tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat ke tempat-tempat menarik.

 

7.      Sarapan percuma

Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana sangat mahal. Dengan memanfaatkan makanan yang disediakan pihak hotel, anda boleh menjimatkan perbelanjaan.

 

8.      Buah tangan

Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah yang murah. Senaraikan nama ahli keluarga dan rakan supaya tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil serta saksama.

 

9.      Penggunaan wang tunai

Sebaiknya, gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan terutama apabila bercuti luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit. dara