Bukan mudah untuk menasihati rakan-rakan anda lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan kehidupannya. Biarpun niat anda murni untuk membantu rakan-rakan anda itu supaya lebih cemerlang dan berjaya dalam hidup mereka tetapi tidak semua daripada mereka yang boleh menerima teguran anda. Boleh jadi anda dianggap suka mencampuri urusan hidup mereka. Apa kata anda mencuba cara yang dicadangkan ini, mana tahu ia berhasil!

  1. Mencari masa yang tenang dan sesuai untuk menegur rakan anda supaya buangkan sikap malas berusaha dalam dirinya. (Jika anda tahu dia memang seorang yang pemalas)

  2. Jangan menegur keburukan rakan anda itu dihadapan rakan anda yang lain kerana ia akan memalukan dan menjatuhkan air mukanya.

  3. Cuba menyelami masalah yang dihadapi oleh rakan anda itu yang menyebabkan ia tidak melakukan perubahan dan peningkatan dalam hidupnya.

  4. Membantu dengan memberikan motivasi dan kata-kata semangat supaya rakan anda dapat melihat masa depannya yang cerah. (Mungkin ia tidak nampak kebolehan dan kemampuan yang ada dalam dirinya)

  5. Memberi beberapa cadangan dan pendapat yang mungkin dapat membantu rakan anda dalam melakukan perubahan hidup dan tidak memaksa dia melakukannya sebaliknya menyakinkan hasil yang bakal diperolehi kelak.

  6. Tegurlah dari masa ke masa dan jangan berputus asa jika anda sayangkan rakan-rakan anda dan ingin melihat mereka berjaya dalam hidupnya. Setiap orang ingin berjaya tetapi perlukan masa dan ruang untuk berfikir dan berubah.

  7. Menghadiahkan bahan bacaan seperti buku dan cd tentang kejayaan seseorang agar dia terbuka hati untuk mengikut langkah orang-orang berjaya dalam hidup.

  8. Bertindak bersama-sama rakan anda dalam usaha mencapai kejayaan dalam hidup. Ini kerana ada orang yang takut untuk menghadapai risiko dalam hidupnya seorang diri. dara