Bermula pada saat ini, tekadkan azam untuk membina karier sendiri. Walau dimana anda mula, atau anda mempunyai sedikit pengalaman kerja, itu sudah cukup baik untuk anda bina karier yang lebih bagus. Berikut lapan perkara penting yang perlu anda ikuti berkenaan tip merancang karier.

 

1.      Jangan berhenti belajar

Bidang kerjaya biasanya berubah-ubah dan setiap orang mencari peluang untuk melakukan perniagaan. Sekiranya anda berkeputusan bahawa kemahiran sedia ada yang anda miliki itu sudah cukup, maka anda hanya akan memiliki kerja setakat yang anda mampu. Tetapi sekiranya anda ingin pergi jauh untuk masa depan, anda patut tambahkan pengetahuan atau ilmu kemahiran.

 

2.      Bertanya, Dengar dan Belajar

Banyakkan bertanya dan mendengar dari penyelia, majikan dan juga pekerja. Anda boleh belajar dari pengalaman mereka. Tanya apa-apa sahaja isu yang anda suka dan dengar apa kata mereka. Biar mereka beritahu anda tentang banyak perkara berkenaan kerja dan itu menjadikan anda lebih baik. Kebanyakan orang suka apabila mendapat ilmu secara percuma. 

 

3.      Penuhi Tuntutan Kerja

Bekerja dengan penuh dedikasi. Sekiranya anda lakukan kerja dengan baik dan memenuhi pencapaian, inilah masanya untuk anda mulakan karier yang baru. Bincang dengan penyelia anda tentang apa yang anda boleh lakukan. Cadangkan pencapaian. Tawarkan pertolongan apabila diperlukan kerana ia boleh membantu dalam membina karier yang lebih baik.

 

4.      Bina jalinan

Tahukah anda bahawa 50 peratus pekerjaan diperolehi dari hubungan jalinan?

Sekiranya anda mempunyai jalinan yang baik, ia memudahkan anda mendapat tempat yang lebih baik di masa hadapan serta belajar tentang peluang-peluang baru. Bina  jalinan yang baru dan jangan lupa kekalkan apa yang anda miliki.

 

5.      Kenal pasti Pekerjaan

Kenal pasti pekerjaan yang bakal anda lakukan. Pastikan ia berbaloi dengan kemahiran dan tahap kemampuan diri anda. Tiada guna juga apabila kerja terlalu penat atau melebihi tahap kemampuan diri sedangkan gaji yang diterima tidak setimpal.

 

6.      Kenal pasti Kerja Berikutnya

Sebelum anda mula merancang karier, pastikan anda memilih pekerjaan yang anda suka. Tentukan hala tuju supaya karier anda itu supaya boleh menjamin masa depan. Paling penting, perlu ada matlamat untuk capai impian tersebut.

7.      Persediaan Diri

Apabila sudah ada matlamat dan masa depan, sudah tentu anda bersedia untuk memasuki dunia karier kan? Ayuh, tunggu apa lagi, segera hantar resume dan pastikan resume anda itu adalah yang terkini. Mungkin permohonan kerja anda diterima, siapa tahukan? Jangan lupa persiapkan diri untuk sesi temuramah dan pakai pakaian yang mencerminkan personaliti diri anda. Selamat berjaya!

 

8.      Impian jadi Kenyataan

Setiap orang ada cita-cita. Tidak salah untuk bekerja di bawah seliaan orang lain. Jadikan ia sebagai pengalaman dan tempat mencari ilmu. Apabila sudah ada pengalaman dan mampu membina empayar sendiri, teruskan usaha tersebut. Realisasikan impian anda untuk menjadi bos mungkin termakbul suatu hari nanti, siapa tahu kan? dara