Lama sudah kami cuba menjejaki gadis tinggi lampai ini sejka mengetahui dia mewakili Malaysia dalam pertandingan World Muslimah 2013. Namun kesukaran mendapatkan nombor untuk dihubungi membuatkan hasrat itu terpendam seketika.

 

COVER STORY: Yuna Cedera Malam Raya

Bersempena isu Raya ini, sama seperti orang lain, Yuna juga sentiasa menantikan kedatangan bulan Syawal yang mulia ini saban tahun. Baginya, hari raya bermakna apabila saudara-mara dari jauh pulang ke kampung dan berkumpul.

 

TATARIAS DARA: Aura Seri Buat Si Dara

Wajah yang kusam dan tidak sekata sering kali menjadikan remaja kini kurang keyakinan diri untuk tampil di khalayak. Pelbagai usaha dilakukan untuk menangani masalah ini tetapi tidak berjaya.

 

KECANTIKAN DARA: Cantik Di Rumah Terbuka

Setahun sekali melaram tiada salahnya, tetapi biarlah ia bertepatan dengan syarat. Lebaran sememangnya hari yang penting buat remaja (bukan saja golongan kanak-kanak), apatah lagi yang gemar pentingkan gaya penampilan.

 

DARA FESYEN: Pengaruh Warna Ke Atas Fesyen & Emosi

Bergayalah tanpa batasan, usah ragu-ragu! Ketika berfesyen, anda harus bijak menggabungkan warna mengikut kesesuaian gaya yang diinginkan. Bukan itu sahaja, gaya terbaik adalah apabila anda berfesyen dengan rona yang padan dengan personaliti anda.

 

ADAB ISLAM: Adab Ke Rumah Terbuka

Sebelum menyambut Syawal lagi anda sudah menerima jemputan rumah terbuka rakan-rakan dan juga tempat kerja. Terkadang, anda perlu penuhi tiga atau empat jemputan sekaligus dalam sehari. Sebelum bersiap untuk ke rumah terbuka, apa kata anda teliti dahulu adab-adab yang disediakan.

 

Antara kandungan lain yang ada dimuatkan di dalam majalah DARA.COM edisi Julai 2014 ini adalah Cinta IPT: Mudahkah istiqamahkan hati?, Sikap 'over caring' buat si dia angkat kaki, Nasab menutup aib pasangan zina, 95 ilham busana & gaya tudung gadis semasa, Awas gangguan perut tanda anda stres, Relakah anda jalani hubungan PJJ?, Isu tudung: Mahal VS ikut syariat, Isu pelajar: Kaya sekejap dengan wang pinjaman dan banyak lagi.

 

Jangan lupa sertai peraduan 20 pakej rawatan spa Seri Penawar, 10 set kecantikan Nasz Skin Beauty 5 Dalam 1, Hijab Aizoo Rakoo Blossoms, 200 Pin Hijab dan produk Al-Aisyah.