Berhijab bukan alasan untuk mengabaikan kebersihan dan kecantikan rambut di sebalik hijab itu. Malah terdapat pelbagai kaedah, cara dan juga petua yang boleh diaplikasikan bagi memastikan rambut kekal menawan dan berseri biarpun tersarung hijab seharian. Antara yang paling popular tentunya buah limau purut yang mengandungi pelbagai khasiat terutamanya untuk kesihatan kulit kepala.
 
Khasiat Limau Purut
 
Limau purut atau nama saintifiknya Citrushystrix tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. Ia mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Malah, limau purut juga dapat membantu merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah. Hanya sebiji limau purut diperlukan bagi membersihkan rambut, sekali gus mencuci kulit kepala yang berkerak atau berkelemumur. Buah limau yang dipotong atau dibelah dua sebelum disental pada kulit kepala, mungkin akan menyebabkan sedikit rasa pedih. Selepas disental, biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kemudian, rasailah sendiri sensasi kesegaran rambut anda itu walau seharian berhijab.
 
Tak Perlu Lagi Bersusah
 
Zaman telah berubah. Bagi 'women-on-the go' seperti anda, dapatkan sahaja syampu Sunsilk Lively Clean & Fresh yang mengandungi vitamin citrus complex daripada limau purut. Sunslik Lively Clean & Fresh ini menanggalkan lebihan minyak dan melegakan kegatalan pada kulit kepala, agar anda terus segar sepanjang hari.
 
Wangian Yang Berpanjangan
 
Sunsilk Lively Clean & Fresh terkini juga memberikan wangian yang bertahan lebih lama. Wangian di dalamnya telah dipertingkatkan agar si pemakai dapat merasai keharuman rambut yang lebih kuat dan berpanjangan. Pemakaian berterusan akan menjadikan kulit kepala lebih sihat, segar dan harum. Menyegarkan!
 
Kata orang, rambut yang sihat dan segar dapat membantu membangkitkan keyakinan dan semangat. Jadi inilah masanya untuk kita terus menggapai impian yang kita cita-citakan. Rambut bukan lagi masalah. You go girl!