Berikut disenaraikan kesan udara yang tidak bersih:

1. Manusia

Manusia memerlukan udara bersih untukhidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paruparu.Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen  dan seterusnya bolehmengundang pelbagai penyakit.  
 
2. Tanaman
Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Kesannya menyebabkan tumbuhan menguning dan akhirnya mati.
 
3. Iklim global dan setempat
Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana ia akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. 
 
4. Atmosfera
Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahanbahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kepanasan bumi akan meningkat dan boleh menjejaskan kesihatan manusia.
 
Cara Kekalkan Udara Supaya Bersih
 
 Mengurangkan penggunaan CFC
Ada sesetengah bahan yang mengandungi kloroflora karbon (CFC) digunakan dalam peti sejuk, penghawa dingin dan ebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan alat pemadam api. Sebenarnya, pemusnahan lapisan ozon dilakukan oleh atom klorin.
Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan 1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan klorofloro karbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC)  
 
 Kitar semula
Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Dengan itu pembakaran sampah-sarap juga turut dapat dikurangkan
 
.
Pelbagai undang-undang digubal dengan tujuan mengawal kualiti alam sekitar supaya memastikan setiap benda bernyawa dan alam dapat bernafas dengan sihat dan terjamin.