Himpunan koleksi abaya kini menjadi pilihan si dara. Biarpun di pasaran terdapat pelbagai pilihan warna dan rekaan, namun warna hitam turut ada peminat dan penggemarnya tersendiri.

Seleksi abaya dari negara Arab Saudi ini menampilkan material satin dan lycra serta rekaan unik sesuai untuk digayakan pada bulan Ramadan.

Tidak ketinggalan rekaan payung kembang nyata membuatkan gayamu lebih anggun apabila melangkah.  

 

Model di dalam gambar tampak anggun dengan gaya santai namun diberi perincian manik di bahagian tengah. Rekaannya seperti kerongsang kerawang. Menyerlahkan gaya tradisi.

Manakala kemasan bunga jahitan tangan dan cekak pada tangan tampil unik dan menarik. Potongan abayanya juga menyerlahkan kelangsingan si pemakai. dara