Fenomena gelang pandora bukan asing lagi. Malah, anda si daralista berhijab juga pasti suka dengan gelang yang tersusun atur dengan butiran-butiran pelbagai corak yang dipanggil 'charms' ini.

Menyingkap sejarah Pandora, ia adalah jenama barang kemas nombor tiga di dunia bermula di Copenhagen, Denmark pada 1982 hasil usaha sepasang suami isteri yang menjadikannya terkenal di Eropah.

Ia kemudian dibawa ke Australia oleh seorang wanita Denmark dan mula mencipta nama di sana. Warga Denmark kemudiannya mengembangkan sayap perniagaan gelang ini dan kini jenama Pandora berada di lebih 40 negara. 

Gelang Pandora memang agak mahal, namun apabila ia mulai dipakai oleh selebriti-selebriti tempatan dan juga golongan VVIP, ia menjadi fenomena dan ikutan.

Bagaimanapun, banyak juga gelang pandora yang tidak asli, iaitu menggunakan butiran 'charm' yang dihasilkan daripada bahan berkualiti rendah.