Palazzo printed atau bercorak antara trend terkini yang menjadi pilihan remaja. Terdapat dalam pelbagai variasi sama ada material mahupun corak, palazzo printed sememangnya cantik digayakan tambahan pula jika rekaan coraknya unik dan lain daripada yang lain. Selain selesa dipakai, seluar palazzo printed juga menjadikan anda tampil ranggi dan tampak lebih feminin. Jangan lupa padankan bersama blaus polos atau corak ringkas untuk memberi daya tarikan yang lebih terserlah.

 

1. Palazzo printed corak dimensi memberi gaya feminin dan lebih berkeyakinan. Dipadankan pula peplum putih jenis renda, nyata gabungan serasi.

 

2.Tampil ayu dan memikat dalam busana ini. Rekaan baju fishtail memberi ilham gaya apabila disatukan dengan palazzo printed.

 

3. Sesuai untukmu yang manja dan bergaya santai. Padanan blaus bertingkat bersama palazzo corak abstrak menyerlahkan aura dirimu.

 

4. Cetusan warna memikat hati!

 

5.Padanan serasi untukmu buat si dara aktif dan sukakan cabaran.

 

6.Tampil santun dan menawan dalam persalinan ini. Tunggu apa lagi, ekspresikan gayamu bersama teman-teman pada waktu santai! dara