Jualan Gudang Karangkraf Pertengahan Tahun 2015 kembali lagi tahun ini selama 3 hari, bermula dari 29 Mei sehingga 31 Mei 2015 bertempat di Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Jualan Gudang Karangkraf ini bakal menyajikan pengunjung dengan diskaun hebat produk terbitan Kumpulan Media Karangkraf seperti novel, buku, majalah dan Al-Quran sehingga 95 peratus.
 
Turut menarik pada jualan kali ini ialah penampilan produk Al-Quran terbaharu seperti Al-Quran Waqaf & Ibtida'(A4) & (A5) yang merupakan  Al-Quran Mushaf Tajwid Berwarna, Al-Quran Al-Karim Nabawi (B5) & Al-Karim Medina (A6) yang merupakan Al-Quran Tafsir Bil Hadis dan Al-Quran Ar-Riyadh (B5) & Mu'jam (A5) yang merupakan Al-Quran Terjemahan Per Kata.
 
Jualan Gudang Karangkraf kali ini juga akan menawarkan pakej-pakej buku dan novel yang lebih meriah. Pengunjung dapat berpeluang untuk melengkapkan koleksi majalah kegemaran anda dengan harga yang sangat-sangat berbaloi.
 
Pengunjung akan turut berpeluang beramah mesra bersama para penulis dan novelis sepanjang karnival jualan itu, bermula dari Jumaat hingga Ahad.

Selain menikmati lebih diskaun, pengunjung juga disediakan dengan kemudahan parkir dan tapak jualan yang luas dan selesa. Juruwang bertugas juga ramai, jadi pengunjung tidak perlu berbaris lama semasa membuat bayaran.
 
Jualan Gudang Karangkraf akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 7 petang (Jumaat & Ahad) dan 9.00 pagi hingga 9.00 malam (Sabtu), bertempat di Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
 
Sila layari media sosial Kumpulan Media Karangkraf untuk mengikuti perkembangan lanjut Jualan Gudang Karangkraf Pertengahan Tahun 2015!
 
www.karangkraf.com                 
                                                                         
Facebook : Kumpulan Media Karangkraf       
                                                                                
Twitter : @Karangkraf
 
Instagram : Kumpulan_Media_Karangkraf