Gadis manis kini semakin bijak bergaya. Apatah lagi dengan kemunculan pelbagai jenis selendang aneka paten dan warna. Ia mudah dipakai dan ideal dipakai dalam apa jua keadaan dan dimana jua destinasi.

 

Semakin lama semakin ketara fesyen ini digayakan. Dahulu, ia seakan-akan satu fesyen yang hanya sesuai dipakai untuk majlis-majlis formal sahaja. Tetapi, kini diubah dengan gaya lebih berani dan dipakai pada bila-bila masa. Coraknya bergantung pada bahagian selendang sama ada di bahagian kepala selendang ataupun hujung selendang. Dititik beratkan juga pada jenis manik dan labuci agar kelihatan mewah. Fesyen ini sangat sesuai untuk jenis kain yang lembut dan daripada warna yang sealiran dan tidak bercorak. Ini akan menyerlahkan lagi material labuci dan ‘menaikkan’ seri pada perincian tersebut.

 

Selain labuci ataupun manik, reben juga mampu menambah seri pada penggayaan selendang anda. Ia mewujudkan ilusi remaja dan moden. Tidak perlu sarat dengan corak, tetapi gantikan dengan reben daripada warna berbeza tetapi di dalam kelompok warna yang sama. Ada juga yang memilih cekak ataupun rantai sebagai penyeri pada gaya yang lebih santai. Namun, lebih sesuai jika baju yang dipadankan tidak bersifat kasual dan santai. dara