Kurti atau lebih dikenali sebagai pakaian masyarakat India mulai digayakan oleh gadis-gadis beragama Islam. Kurti merupakan sejenis pakaian yang diperbuat daripada fabrik lembut dan sejuk, manakala rekaan corak pada kain ini melambangkan pakaian tradisi kaum India.

Kurti kaum India terdiri daripada blaus labuh, blaus tanpa lengan, nipis dan ada juga yang labuh sehingga ke paras lutut. Namun, pilihan gadis muslimah ialah kurti longgar yang labuh separas lutut. Tambahan pula, ramai pereka fesyen dan tukang jahit yang mulai membuat pakaian daripada fabrik kurti yang bersesuai dengan gadis muslimah.

Melewati tahun 2014 sehingga menjelang tahun 2015 ini, fesyen kurti  terus mewarnai penampilan si daralista. Gadis muslimah mengakui mulai terpikat dengan kurti disebabkan rekaannya yang longgar dan labuh, iaitu menepati ciri-ciri yang berlandaskan syariah. dara