Penampilan yang cantik dan manis perlu dihiasi dengan wangian segar mempersona. Jika kamu masih mencari wangian yang menjanjikan pengalaman melalui hari yang ceria, ENCHANTEUR Paris ada segalanya. Personaliti si Daralista pasti terserlah indah dengan tiga jenis wangian baru dari koleksi EDT ENCHANTEUR Paris ini.

Koleksi baru ini dipersembahkan di dalam botol kaca berbentuk hati yang menggambarkan perasaan pertama cinta yang suci. Simbol hati dan mahkota menggambarkan bahawa si pemakai wangian ini adalah seorang yang berharga di dalam hatinya.

Wangian ENCHANTEUR Paris Fashionista  menggambarkan si gadis yang bergaya dan tidak pernah meninggalkan rumah tanpa beg tangan, gincu dan aksesori yang akan menyinari lagi penampilannya.

ENCHANTEUR Paris Glam pula menggambarkan bahawa kamu adalah ibarat sebutir bintang yang bersinar di kalangan ramai.

Manakala ENCHANTEUR Paris Princesse menggambarkan kamu ibarat seorang puteri yang penuh dengan kasih sayang dan menjadi impian setiap lelaki.

 Bagi gadis yang gemarkan aroma segar, lembut dan berpanjangan, inilah masanya untuk kamu memiliki koleksi terindah ini. Kamu pasti mengalami kenangan terindah dengannya! Dara