• Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil. Di antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang atau tidak pandai menyimpan.
  • Pasti ramai peminat pavlova, bukan? Takkan asyik nak beli di kedai saja. Cubalah buat sendiri. Dara.com ada resepi pavlova yang sungguh lazat buat kamu.
  • Ramai yang masih keliru dalam memilih jenis kain selendang yang sesuai untuk dipakai. Selendang mempunyai kualiti berbeza mengikut harga dan mempengaruhi seseorang untuk membeli, meskipun tidak mengetahui bagaimana cara memakainya.
  • Dalam menggayakan busana ataupun tudung, pemilihan warna memainkan peranan yang amat penting. Ia kerana warna tersebut akan memberi kesan kepada penampilan kamu di mata orang lain. Mari kita baca tip pemilihan warna yang sesuai buat kamu!
  • Pasti anda risau apabila sudah berada di hadapan jurujual kerana tidak tahu hendak memilih minyak wangi manakah yang sesuai. Jangan malu untuk bertanya pada jurujual dan ambil masa anda untuk mencuba dahulu. Elakkan kelam kabut untuk membelinya kerana anda juga yang akan menyesal nanti.
  • “Baju ni dah cantik, tapi bila dipakai nanti nampak pula perut buncit. Segan la kalau orang lain nampak. Macam mana ni, apa yang patut saya buat?’. Keluhan atau masalah sebegini mungkin pernah anda alami. Jangan risau, berikut disediakan 10 cara berfesyen untuk menyembunyikan perut buncit.
  • Jika sebelum ini anda bukanlah peminat setia buah prun, kami yakin setelah adanya entri perihal kebaikan prun, anda pasti tercari-cari prun kerana kehebatan prun ini memang tidak lagi boleh disangkal. Tidak percaya?
  • Bahan-bahan berasaskan organik sememangnya menjadi pilihan kebanyakkan gadis yang ingin menjaga kecantikan dengan cara selamat tanpa bahan kimia berbahaya. Mencari produk berasaskan organik pula tidak sukar kerana ia terdapat banyak di pasaran kini. Hm, tapi bukan semua produk boleh dipercayai. Ini kerana bukan semua produk organik, benar-benar organik! Kami ada sedikit tip berguna mengenai bahan organik untuk anda daralista..
  • ‘Snek adalah makanan yang kurang berkhasiat, tinggi gula, serta banyak lemak’. Ini dalah antara tanggapan ramai terhadap snek-snek ringan. Tetapi tahukah anda bahawa, kebanyakkan pakar diet bersetuju bahawa makanan ringan atau snek adalah sebahagian daripada diet seimbang dan sihat. Jika sebelum ini anda berfikir snek adalah ‘taboo’ dalam berdiet, kali ini Dara.com membenarkan anda makan snek pilihan anda ketika berdiet. Ha, bagaimana pula snek ini dapat membantu anda untuk berdiet?
  • Dapat mangga manis dengan isinya oren kekuningan memang buat kecur air liur. Mangga mungkin bukan kegemaran semua orang, tetapi jika anda tahu khasiatnya, anda mungkin nak makan mangga hari-hari.
  • Kerongsang sememangnya aksesori atau pelengkap kepada hiasan hijab anda. Tentu lebih menarik jika kerongsang ini boleh mengikuti citarasa anda sendiri. Bukan sahaja kelihatan lebih eksklusif, malah menjimatkan.
  • Senaman walaupun sedikit adalah lebih baik daripada tiada langsung. Jika alasannya anda tidak mempunyai masa, mari bersenam ketika mandi! Rise and shine, daralians!
  • Apa itu detoks? Mungkin masih ada yang kurang pasti apa itu detoks. Detoksifikasi ataupun detoks adalah proses pengeluaran racun dan zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Antara organ yang menjadi target proses pembersihan ini adalah usus.
  • Jika sudah bosan dengan ‘kuih tunjuk’ yang anda beli di kedai, apa kata kali ini anda mencubanya sendiri di rumah. Cara membuatnya begitu mudah dan pastinya akan mempelbagaikan lagi jenis kuih raya untuk di hidangkan nanti. Kuih Makmur yang dikatakan popular di kawasan Pantai Timur ini juga mempunyai rasa unik dan sedap untuk dimakan. Mari cuba!
  • Tengah dalam mood raya ni, ramai saudara mara atau rakan kenalan yang bertandang ke rumah. Pasti lebih bermakna jika kita hidangkan kuih raya buatan sendiri selain dari membelinya di kedai. Jika anda bosan dengan pilihan kuih raya yang biasa, apa kata kali ini kita cuba satu resepi baru yang dikatakan sudah lama popular di negara jiran Indonesia. Berwarna warni, tambah meriah!
  • Lebih kurang seminggu lebih lagi kita bakal menyambut Syawal. Ramai yang sudah siap sedia dengan baju raya baru, namun tudung pula yang masih kekurangan. Sepertimana pemilihan baju, memilih tudung juga ada tip-tipnya. Pilihan yang tepat perlu dilakukan, supaya tudung bukan sahaja menarik dan sepadan, malah membantu kita berjimat, itu yang lebih utama.
  • Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa rambut juga bernafas sewaktu memakai tudung. Bayangkan jika lebih dari beberapa jam rambut kita terkurung dan fabrik tudung yang digunakan kurang elok. Perkara ini boleh mengundang risiko kerosakkan rambut jika tidak ditangani dengan segera. Ketahuilah bahawa sangat penting untuk kita menjaga kesihatan dan kesegaran rambut walaupun bertudung, justeru kami kongsikan beberapa tip berguna khas buat si dara semua.
  • Tidak semua anak tudung yang anda lihat hari ini sesuai dengan wajah. Pemilihan yang kurang tepat boleh membuatkan wajah kelihatan semakin berisi, terlalu kurus dan nampak janggal. Jadi sebelum memilih anak tudung untuk dipadankan dengan selendang anda, ini sesuatu yang harus anda ambil tahu.
  • Bosan dengan tudung bawal yang kosong dan nampak begitu polos? Kini terdapat banyak cara untuk mengindahkan tudung bawal anda kembali. Menggunakan riben dan pelekat manik, menghias tudung bawal amat mudah.
  • Siapa kata kulit gelap tidak perlu solekan. Hey, tanggapan itu salah sama sekali tau! Mereka yang berkulit gelap jika dikenakan sedikit solekan, pasti akan menaikkan kejelitaan dan kemanisan pada wajah. Namun, pemilihan warna harus dilakukan dengan berhati-hati agar tidak terlihat aneh. Kami juga ingin kongsi tip solekan sesuai untuk si dara yang berkulit gelap.
  • Sepertimana pakaian, hijab atau tudung juga memerlukan penjagaan rapi. Jika sambil lewa sahaja, anda mungkin tidak berpeluang memakai tudung kesayangan anda itu lagi. Juga tidak seronoknya, kita juga akan kerugian puluhan atau ratusan ringgit kerana tudung yang rosak. Tudung juga datang dari pelbagai jenis fabrik. Jadi, janganlah disamakan cara penjagaan setiap tudung anda.
  • Tampil dengan gaya dan warna terang sememangnya menjadi pilihan Dara dan menjadi trend masa kini. Soalnya berani atau tidak? Tidak dapat dinafikan fesyen ini sudah semakin diterima di kalangan masyarakat kita. Namun, seterang manakah warna yang boleh diterima itu?
  • Meriah, memang meriah! Ini yang dapat kami gambarkan ketika bersama pelajar Kolej Universiti Shahputra di Kuantan Pahang pada Jumaat lepas. Pelbagai acara menarik diadakan. Antaranya, tutorial memakai hijab fesyen terbaru daripada ‘Anizon-Hijab Stylish’, pertandingan catwalk serta fashion show bersama para peserta.
  • ‘Ambil aku cepat,cepat! Ikat daku erat-erat! ’ Lagu Jacklyn Victor kami dendangkan, sesuai untuk memberitahu anda bahawa kena cepat-cepat dapatkan Dara.com isu Julai di pasaran. Menarik isu Julai memaparkan himpunan koleksi abaya yang kini menjadi pilihan si dara. Ada tip bijak memilih hijab, pelbagai fesyen terkini yang menarik, cara menangani masalah gelap bawah mata dan banyak lagi info berguna.
  • Fesyen berhijab pada masa kini ternyata menghasilkan citarasa berfesyen yang pelbagai, trendy dan berstail. Ia bukan sahaja berkembang di kalangan masyarakat Malaysia malah di serata dunia. Sepertimana di negara kita, negara lain juga turut mempamerkan gaya berhijab yang elegan dan feminin mengikut budaya dan gaya hidup masing-masing. Jadi, apa kata kita intai gaya berhijab menarik di negara luar. Mana tahu, boleh tercetus idea baru untuk menukar gaya berhijab anda.
  • Tudung bawal masih tak lapuk dek zaman, masih komersil. Biarpun hadir pelbagai jenis tudung dan trend pada hari ini, bawal masih relevan. Malah kerana minatnya orang ramai terhadap tudung bawal, banyak pembaharuan dan adaptasi baru dilakukan terhadap tudung bawal. Bawal berbatu, empat tone, cekak manik dan bawal pelangi antara beberapa yang boleh meneruskan minat penggemar tudung bawal.
  • Anda yang berada di Kolej Shahputra, Kuantan, jom join bengkel Demo Gaya Tudung bersama Dara.com. Usah lepaskan peluang ini! Segala urusan pertanyaan dan pendaftaran, boleh berhubung dengan Rin di 018-3955621.
  • Buat penggemar fesyen bertudung di luar sana, anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti fesyen-fesyen tudung terkini yang digayakan oleh artis-artis tempatan. Maklumlah, sekarang ni ramai artis kita sudah berhijrah dan mengenakan tudung. Apa yang menarik minat kami kali ini adalah gaya fesyen yang ditonjolkan oleh penyanyi terkenal negara, siapa lagi kalau bukan Dato’ Siti Nurhaliza. Nak tahu fesyen terkininya, jom kita lihat.
  • Trend tudung sentiasa berubah-ubah. Setiap hari ada sahaja tudung dengan corak, fesyen dan warna baru yang diperkenalkan. Jika anda ingin mengikuti trend, namun tengah dalam bajet ketat, anda patut tahu lubuk-lubuk mana yang boleh dikunjungi untuk mendapatkan tudung murah lagi menarik. Untuk itu, kami sediakan kepada anda cadangan tempat shopping tudung yang best dan murah. Sesuai untuk pergi mencarinya pada hujung minggu seperti ini.
  • Semakin hari, semakin banyak corak dan warna tudung yang diperkenalkan. Terkini dan menarik untuk mereka yang suka tampil berani adalah tudung dengan warna-warna neon. Jangan takut dengan warna striking ini kerana anda akan nampak lebih berkeyakinan dan bergaya. Juga satu statement tudung yang menarik buat mereka yang ingin berfesyen dengan lebih terserlah.
  • Pernahkah anda bermimpi dikejar sesuatu yang anda tidak tahu apa, tetapi ia besar dan menakutkan. Anda berlari semahunya, memaksa kaki bergerak dan semuanya kelihatan sangat perlahan sedangkan otak anda menyaksikan ia selajunya. Anda berlari dan berlari sehingga akhirnya anda lemah longlai dan terjatuh. Bayangan itu semakin dekat dan anda menjerit tanpa ada suara yang keluar. Bila bayangan cuba menerkam, anda pejamkan mata serapatnya dan kemudian terjaga daripada mimpi, berkeadaan penat dan berpeluh, jantung bagai nak tercabut dan jam sudah 7.30, arghhh lewat lagi ke kelas! Lebih tak suka lagi, anda penat!
  • Sejak akhir-akhir ini, kecantikan sering dikaitkan dengan kolagen. Kenapa ya? Adakah dengan mengambil kolagen, seseorang mampu menjadi cantik dan berseri-seri? Namun begitu, sebelum mengambil kolagen, adakah mereka tahu apa kebaikan dan keburukan kolagen yang diambil? Atau mereka sekadar mengikut kehendak naluri yang ingin kelihatan cantik, lalu mengabaikan kesan sampingannya.
  • Apa yang perlu anda persiapkan adalah lokasi tempat percutian anda dan bagaimana untuk anda belanjakan wang anda itu agar mencukupi dan tidak membazir. Paling utama, wang simpanan tersebut bukan sahaja digunakan semasa bercuti. Tetapi setelah pulang daripada bercuti agar percutian anda menjadi percutian yang indah, bukan membebankan.
  • Rasa cinta pasti ada, pada makhluk yang bernyawa. Sejak lama sampai kini, tetap suci dan abadi. Takkan hilang selamanya, sampai datang akhir masa. Perasaan insan sama, ingin mencinta dan dicintai. Bukan ciptaan manusia, tapi takdir yang kuasa. Janganlah engkau mungkiri, segala yang Tuhan beri.
  • Bila anda ingin berjaya dalam karier sekali gus ingin meningkatkan kualiti diri dalam pendidikan, kembali ke ‘bangku sekolah’ adalah pilihan yang tepat. Namun, belajar sambil bekerja bukanlah perkara yang mudah untuk dijalankan.
  • Wah, cantiknya tas tangan ni! Tak sangka pula kat kedai macam ni ada pelbagai barang. Dah la murah , cantik macam barang berjenama. Jimat duit aku kalau membeli kat sini.
  • Keperluan: Anak tudung tutup leher, selendang, jarum peniti, pin reben
Dara.com Februari 2016