Fesyen berhijab pada masa kini ternyata menghasilkan citarasa berfesyen yang pelbagai, trendy dan berstail. Ia bukan sahaja berkembang di kalangan masyarakat Malaysia malah di serata dunia. Sepertimana di negara kita, negara lain juga turut mempamerkan gaya berhijab yang elegan dan feminin mengikut budaya dan gaya hidup masing-masing. Jadi, apa kata kita intai gaya berhijab menarik di negara luar. Mana tahu, boleh tercetus idea baru untuk menukar gaya berhijab anda.

 

Ini antara beberapa gaya berhijab yang berjaya kami kumpulkan dari Internet. Sekali pandang memang saling tidak tumpah dengan apa yang kita ada di Malaysia. Jika ada pun, sedikit perubahan daripada elemen-elemen budaya masyarakat tersebut. Ada yang praktikal di Malaysia dan ada juga beberapa yang mungkin kurang sesuai bukan?

 

Ini dia 10 fesyen hijab kegilaan negara luar. Gambar diperoleh daripada sumber Internet.