Buat penggemar fesyen bertudung di luar sana, anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti fesyen-fesyen tudung terkini yang digayakan oleh artis-artis tempatan. Maklumlah, sekarang ni ramai artis kita sudah berhijrah dan mengenakan tudung. Apa yang menarik minat kami kali ini adalah gaya fesyen yang ditonjolkan oleh penyanyi terkenal negara, siapa lagi kalau bukan Dato’ Siti Nurhaliza. Nak tahu fesyen terkininya, jom kita lihat.

 

Walau sibuk dengan jadual harian, Dato’ Siti masih sempat memuat naik gambarnya yang mengenakan pelbagai fesyen tudung menarik di laman sosial. Boleh jadi ikutan buat mereka yang menjadikan Dato Siti sebagai idola fesyen tudung terkini. Tetapi dah namanya Dato’ Siti, pastinya fesyen bertudung yang dipakai oleh beliau akan menjadi ikutan oleh ramai kita.

 

Gambar diperoleh dari Instagram Siti DK.