Meriah, memang meriah! Ini yang dapat kami gambarkan ketika bersama pelajar Kolej Universiti Shahputra di Kuantan Pahang pada Jumaat lepas. Pelbagai acara menarik diadakan. Antaranya, tutorial memakai hijab fesyen terbaru daripada ‘Anizon-Hijab Stylish’, pertandingan catwalk serta fashion show bersama para peserta.

 

Ramai juga peserta yang memenangi hadiah menarik dari team Dara.com seperti goodie bag, langganan majalah selama tiga bulan dan banyak lagi. Apa yang penting semua peserta berjaya mendapatkan tips pemakaian hijab yang mudah serta menawan daripada bengkel ini. Terima kasih juga kami ucapkan kepada Kolej Universiti Shahputra kerana menjemput kami. Anda semua memang sporting!

 

Bagi yang tidak berkesempatan untuk join, jangan risau. Ada banyak lagi bengkel seperti ini daripada kami untuk anda sertai. Kami kongsikan pengalaman kami bersama para peserta di dalam video klip ini.