Bosan dengan tudung bawal yang kosong dan nampak begitu polos? Kini terdapat banyak cara untuk mengindahkan tudung bawal anda kembali. Menggunakan riben dan pelekat manik, menghias tudung bawal amat mudah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

 

·         Sehelai tudung bawal yang kosong

·         1 paket beads - warna ikut kesukaan anda.

·         Riben kecil yang cute

·         Jarum dan benang

·         Gunting

·         Seterika

·         Sehelai kain untuk alas

 

Lakukan begini:

Bila semua bahan telah tersedia,  lipatkan tudung bawal anda berbentuk segitiga. Pastikan bentuk ini sama seperti cara pemakaian anda sehari-harian. Hal ini supaya hiasan yang akan dilakukan nanti akan berada di tempat yang betul dan tampak lebih kemas.

 

Yang sebenarnya anda boleh memilih apa sahaja perhiasan yang anda suka. Tetapi, jangan pula anda letakkan kesemua jenis perhiasan sekali gus pada sehelai tudung. Ia akan kelihatan terlalu heavy.  Saat inilah untuk anda tonjolkan kreativiti sendiri.

 

Untuk menghias tudung dengan riben, apa yang anda perlu lakukan ialah jahit riben tersebut dibahagian tepi kepala. Kedudukannya haruslah berada di atas telinga. Tidak terlalu ke atas dan tidak terlalu ke bawah. Jangan pula anda jahitnya di bahagian tengah kepala ya. Agak pelik pula gayanya nanti.

 

Selepas itu, lekatkan beads anda tadi di sekeliling riben tersebut. Anda juga boleh menggunakan pelekat beads untuk membuat satu lingkaran disekeliling kepala anda. Untuk pastikan beads tidak mudah tertanggal, alaskan sehelai kain nipis dan iron di bahagian beads tersebut. Cara yang sama juga anda boleh gunakan untuk perhiasan lain seperti bunga ros dan sebagainya.

 

Menghias tudung ini tidak memerlukan cara yang khusus, kerana ia bergantung kepada kreativiti anda untuk menghias tudung dengan cara tersendiri. Waktu teluang seperti hujung minggu ini sesuai untuk anda lakukan aktiviti ini. Gayakan tudung anda untuk ke kelas pada Isnin nanti.