‘Snek adalah makanan yang kurang berkhasiat, tinggi gula, serta banyak lemak’. Ini dalah antara tanggapan ramai terhadap snek-snek ringan.  Tetapi tahukah anda bahawa, kebanyakkan pakar diet bersetuju bahawa makanan ringan atau snek adalah sebahagian daripada diet seimbang dan sihat. Jika sebelum ini anda berfikir snek adalah ‘taboo’ dalam berdiet, kali ini Dara.com membenarkan anda makan snek pilihan anda ketika berdiet. Ha, bagaimana pula snek ini dapat membantu anda untuk berdiet?

 

Menurut pakar diet, makanan ringan adalah satu cara yang paling bermanfaat jika dilakukan dengan betul. Maksudnya di sini, , ada juga makanan ringan yang sangat berkhasiat dan sesuai untuk anda yang sedang berdiet seperti biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran, dan susu rendah lemak.

 

Ingat, pilih makanan ringan secara bijaksana dan ini bererti memilih pilihan yang sihat untuk membakar lemak dalam tubuh badan anda. Ia juga dapat mengawal cara pemakanan anda seharian. Berikut adalah beberapa idea untuk pelbagai jenis makanan ringan. Anda perlu memilih makanan yang sesuai mengikut hari dan waktu, bukannya makan secara sembarangan.

 

1.       Ganti sarapan anda dengan makan oat, cornfl akes dan lain-lain. Jika anda gemar makan roti, cuba bertukar kepada roti gandum.

 

2.       Kajian telah menunjukkan individu yang makan banyak ketika sarapan akan berasa lambat lapar sehingga waktu tengah hari. Selepas sarapan,anda boleh makan makanan berasaskan protein supaya lebih kenyang seperti telur separuh masak, sosej rebus, atau daging bakar.

 

3.       Lapar sebelum waktu makan? Rasa nak mengunyah? Jika anda suka makan biskut, makan biskut jenis serat tinggi (hi-fi bre). Buah-buahan juga snek sihat yang bagus.

 

4.       Jika anda bancuh minuman dengan dua sudu gula, kurangkan menjadi satu. Jika satu sudu, kurangkan menjadi setengah. Banyakkan minum air kosong.

 

5.       Jika anda makan makanan berminyak seperti kuih, roti, dan lain-lain, lapkan ia dengan tisu agar minyak-minyak dapat diserap sedikit

 

6.       Saiz hidangan sederhana sudah memadai. Tukar minuman dari jenis bergas ke minuman biasa seperti minuman coklat, teh, atau kopi.