Tengah dalam mood raya ni, ramai saudara mara atau rakan kenalan yang bertandang ke rumah. Pasti lebih bermakna jika kita hidangkan kuih raya buatan sendiri selain dari membelinya di kedai. Jika anda bosan dengan pilihan kuih raya yang biasa, apa kata kali ini kita cuba satu resepi baru yang dikatakan sudah lama popular di negara jiran Indonesia. Berwarna warni, tambah meriah!

 

Bahan-bahan

250g mentega

3 biji putih telur Gred A

140g gula halus

½ sudu emplex

 

200g tepung gandum

60g tepung jagung

¼ sudu the baking powder

Pewarna biru, hijau, merah, oren, kuning dll.

 

Cara-cara

Pastikan kesemua tepung telah diayak terlebih dahulu. Kemudian putar mentega dan gula sehingga berkrim dan masukan emplex dan pukul lagi. Masukkan juga putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga kembang. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit dan putar sehingga rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan campurkan bahan pewarna mengikut kreativiti anda. Isikan ia ke dalam piping bag masing-masing. Picitkan ke dalam Loyang khas lidah kucing mengikut corak yang dikehendaki. Bakar dalam oven pada suhu 150 darjah Celsius selama 20 minit. Jangan terlalu lama kerana warnanya akan tidak cantik jika ia keperang-perangan. Selamat mencuba –Drc.