Jika sudah bosan dengan ‘kuih tunjuk’ yang anda beli di kedai, apa kata kali ini anda mencubanya sendiri di rumah. Cara membuatnya begitu mudah dan pastinya akan mempelbagaikan lagi jenis kuih raya untuk di hidangkan nanti. Kuih Makmur yang dikatakan popular di kawasan Pantai Timur ini  juga mempunyai rasa unik dan sedap untuk dimakan. Mari cuba!

 

Bahan-bahan

Doh

500g Tepung gandum

½ Cawan gula halus

1 tin kecil minyak sapi (dicairkan)

Mentega

 

Inti

250g kacang tanah ( digoreng tanpa minyak)

½ Cawan gula halus

2 sudu besar mentega kacang

Kismis hitam

 

Cara-cara

Langkah wajib pertama adalah untuk mengayakkan tepung gandum dan masukkan ke dalam kuali. Kemudian cairkan minyak sapi dan digaul rata. Masukkan sedikit mentega sehingga doh menjadi lembut dan uli kesemua bahan sehingga sebati. Untuk inti pula, campurkan kesemua bahan inti dan bentukkan doh sedikit membujur atau bulat dan isikan intinya bersama kismis hitam. Tutup dan bentukkan semula kuih tersebut mengikut bentuk yang anda inginkan dan susun ke dalam dulang pembakar. Pastikan saiznya sama setiap satunya. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius  terlebih dahulu dan masukkan dulang ke dalam oven. Bakar selama 20 ke 30 minit. Apabila kuih masak, taburkan gula ke seluruh permukaan kuih ketika ia masih panas. Kuih anda sedia untuk dihidangkan.